Jumaat, 3 April 2015

Tak nak kurus.


Assalamualaikum,


Kerja jadi tukang jahit macam aku ni seronok, kau boleh masuk kerja lambat selepas mengemas rumah, pergi pasar dan masak untuk breakfast. Lagi seronok bila sampai kedai kau boleh bergosip-gosip dulu sebelum mulakan kerja,



TAPI TAK SERONOK LANGSUNG BILA KENA KEJAR DEADLINE BAJU DAN MANIK!
boleh pengsan malam tak tidur, pagi-pagi dah kelam kelibut kemas rumah segala sebab nak kejar pergi kerja awal. Dush!



Lepas tu lagi seronok bila sampai kedai kawan-kawan bawak breakfast memasing pastu makan sambil menjahit. OHEMGEEE... kebahagiaan adalah apabila kau makan sambil bekerja. (falsafah seorang gadis sebelum dia menyedari yang itu adalah punca kenapa pipi dia makin tembam)



         






















p/s : memang aku ada habit suka ambil gambar makanan. Sekarang baru aku sedar, banyaknya jenis makanan yang masuk dalam perut aku dalam satu hari. t__t



Lepas tu bila kawan-kawan tegur yang aku dah makin berisi esoknya terus nak diet. Diet bukan sebarangan diet tahuuuu.. DIET ATKIN kata kau! Takjub sangat sebab dah dengar dua tiga orang kenalan dah buat dan berjaya kurus langsing, lawa sekarang. Perh! 



Dari dulu sampai sekarang aku tak pernah rasa aku terlalu kurus atau terlalu gemuk tapi aku selalu percaya yang badan aku macam tayar yang bila diisi angin penuh, maka dia akan gemuk, bila dah selalu lanyak dia kempis. KAU DAH KENAPA ANALOGIKAN DIRI SENDIRI DENGAN SEBIJI TAYAR? 



So, keesokan harinya aku pun berniat dalam hati nak cuba diet atkin tapi aku tak sangka dugaannya sangat berat, bangun pagi terus lapar weyh! Selama ni aku ilek je makan pagi pukul 10, 11 ni dah kenapa bangun pagi terus lapar ni?


Selepas mencuba berhari-hari (sebenarnya tak cuba pun, tapi aku kurangkan makan nasik je, Gila kau tak boleh makan tepung? aku peminat setia pasta dan jemput-jemput ikan bilis juga roti keras/roti canai/ roti ikan bilis/roti kopi, coklat dan semuanyaaaa... ) *Feeling stress*  



Lalu pada suatu malam, aku pun buat reaserch pasal diet atkin (pasal sebelum ni dengar-dengar dia punya rules dari mulut orang je) HOMAYYYAIH.. Untuk tempoh pengenalan, tak boleh makan carbohidrat dan gula langsung ternasuk buah dalam masa dua minggu?  Oh, tak apalah kalau macam tu.



Terus tak mahu kurus secara paksaan.





Badan kau kan macam tayar, kalau kuat bekerja sampai lupa makan nanti dia kempislah balik. pfft t__t





1 ulasan:

hadyla rose berkata...

As salam..masalah sama dengan saya
saya pun tak nak kurus ;-)