Sabtu, 2 Mei 2015

Book hunting -15


Assalamualaikum,


Dalam banyak-banyak pesta buku kat malaysia ni, hanya PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR sahaja yang kalau boleh aku mahu pergi pada setiap tahun. Jangan tanya kenapa sebab aku sendiri pun tak tahu. t__t

Lepas tu sebab aku tak beli buku setiap bulan, kadang-kadang bila usha novel-novel baru pun berkira-kira nak membeli sebab tak cukup duitlah, nak isi minyak keretalah, nak bayar hutanglah, itulah, inilah. Dah tu bila ada peluang nak shopping buku semata-mata memang borong habislah kannn.. >__o

Orang dok tanya, murah ke buku-buku kat sana? Jawapannya, tak adalah murah sangat pun, tapi sekurang-kurangnya ada less pastu ada buku-buku yang kita tak jumpa kat kedai buku sebab sold out atau dah memang tak dicetak lagi, atau sebab-sebab yang tidak diketahui dan lepas tu, kalau kau memang dah niat nak membeli, haruslah kau tak terasa membazir bila beli sekali banyak sebab kau memang dah budget untuk beli benda itu kan? kan?


Jadinya, minggu pertama pesta buku berlangsung, aku dah terjah dulu. Tapi esok hari terakhir weh, Sesape nak grab buku-banyak-sale cepat terjah esok. Entah-entah lagi banyak buku yang murah sebab hari terakhir kan. Mana la tau.



  


Sekarang dah tak pandang novel-novel cinta, sekarang dia pandang novel seram/misteri/penyiasatan jew, kalau novel cinta pun dari penulis yang dia memang follow jew, atau dari review novel jew. Nampak tak? Perempuan yang dah lama tak beli novel tetiba nampak banyak novel seram baru keluar??

O__O

*Mata bersinar-sinar*




Tengok-tengok novel kat sini kat sana, lepas tu tetiba ika tanya, "ude, sape tu?" aku pun sebok ar nak mencari, siapakah? Artis ke? 

tetibe..




Eh, Anuar! Nak ambil gambar boleh? *sambil mencari-cari novel dia dari dalam raga. 

Laku betul novel seram 'Jangan biar dia masuk by anuar darwish' ni, masa tu dah tinggal dua ketul kat belakang tu. Tengok dia update kat facebook pun dah banyak kali restock ye? Tahniah awak, kite pun baru first time nak baca tulisan awak, (sebab aku kan dah lama tak baca novel cintaaa.. hikhik ;p)

t__t 




Kalau ikutkan hati semua novel yang aku dah tarik tu aku nak terus pergi bayar je kat kaunter pakai baucer buku adik aku, tapi adik aku cakap, "ini baru karangkraf, lepas ni kau nak pergi fixi lagi. Ini pun dah berapa.."

Sebagai kakak yang-memang-mudah-dipengaruhi, aku pun terpaksa membuat penapisan buku terlebih dahulu. Pastu congak-congak harga supaya tak over budget, Fuuuhhh.. 




Dah bayar, pergi cari anuar balik, mintak sign, pastu tetiba kak maria kajiwa muncul, and i was like.. O__O itu kak maria kan? i'm a-big-fan-of-her tapi novel-novel dia aku dah beli, dah tu nak mintak sign atas buku apa? (terus tarik novel percuma yang datang bersama novel anuar, kihkihkih.. perangai sangat taaauuuu..)




Kak maria kajiwa, ini first time kite berjumpa tapi sebab akak tak tanya nama kita so kite maaaaluuuu sangat nak kenalkan diri sendiri. If and only if we could talk more that day.. ;( nice to meet you kak! 


Habis kat karangkraf, teros pergi cari booth fixi pulak. Tahap stress mencari booth fixi macam mencari tandas disaat kau memang dah tak tahan nak membuang air. Faham tak? faham tak perasaan itu?

sampai tahap rasa macam nak marah orang yang jaga floor plan tu sebab orang kat bawah kata booth fixi kat atas, orang kat atas pula kata booth fixi kat bawah, pastu agak-agak aku nak naik angin (kononnya) baru dia jelaskan yang kat atas ada, kat bawah pun ada, tapi yang terbesar yang atas. Pheww.. kan senang gitu kakak, tak adalah kite pening pusing sana, pusing sini sampai pengsan. 

Perh!.

Tapi dalam pada mencari tu, terjumpa pulak ini abang! Oh my, oh my......  abang adammmmlaaahhhh...



aku baru tau dia seseorang yang ada kaitan dengan dunia publishing sejak tengok dia berlakon dalam Teman Lelaki Upahan, tapi aku tak pernah ar nak stalk pasal dia sangat pun kan, pastu aku pun tak tau yang dia ada tulis buku, pastu sebab aku tak cari review pasal buku dia, aku malas ar nak main beli-pastu-menyesal-sebab-tersalah-beli ke apa, so.. abang, apa kata kita ambik gambar je dulu lain kali saya carik buku abang pulak. Okeh?








Akhirnyaaaa.. jumpa booth fixi! Kejam gila kenapa buku kat rak dah banyak kosong bila aku sampai? Pasaipa novel Patung dah sold out untuk hari itu? Pasaipaaaa??? hang tau dak aku tunggu lama semata-mata nak cari novel patung? Kenapa habis cepat sangaattt?? *feeling stressfull*




Pastu aku tengok ramai plak orang  beratur depan akak ni mintak sign, aku tanya kat sorang awek tu, "Ni sape eh?" dia cakap Nadia Khan. Oh. aku macam dah boleh agak dah, tapi sebab takut salah orang jadi ada baiknya kita bertanya kalau tak nak malu mintak sign pada novel yang salah.

Hamboi haritu sapa tah kata novel Gantung by Nadia Khan tu macam bosan sikit, macam tak boleh masuk, tetiba dia pergi beli sampai dua huh novel Nadia khan?? *Angkat kening*

bluuueerrkkk.. ;-p



Sebelum balik, selepas kecewa nak tengok Amar Bahrin pun kena beratur dan bersesak-sesak bagai ternampak pulak kakak Liyana (Penulis novel Rindu awak 200 %). Mulut aku ni lajuuu je pergi sebut nama dia kuat-kuat, kan dia dah dengar! Hahaha.. Nasib baik dia rileks je layan strangers tetibe tegur dia ajak bergambar, ihiks.


Ah, kalaulah nak jumpa SR dengan Amar bahrin semudah terjumpa kak liyana Zahim dengan abang Adam aka Aloy Paradoks tadi tuh, kan best? Kan? 









Okey dah! Misi book hunting berakhir dengan 13 buah buku. Orang lain kata dah banyak dah tu, tapi nafsu aku kata belum cukup lagi tu. Memikirkan kena budget duit dan kena sedar yang aku balik naik kenderaan awamlah, aku balik dengan dua beg je, kalau tidaaakkk...






Thank u mak cik yang jadi photographer tak bergaji, yang tukang bebel beli tiket timing lambat pastu tak dapat jumpa SR (Syarul Ridwan) yang tolong pikir camna nak pergi pwtc dari kl sentral sebab tetiba kakakmu ini culture shock selepas termengah-mengah memanjat tangga yang tinggi, yang follow me here and there like no end, yang tak beli apa-apa tapi sedekahkan baucer buku untuk dihabiskan ;p  i appreciate that. Very much. 




entri berkaitan.




1 ulasan:

Razfira berkata...

wah banyaknya beli buku.. tak sia2 pergi.. best2