Ahad, 3 Mei 2015

Custommade dress for tinie



Assalamualaikum,

pada suatu hari, (eceh, dia punya pembuka kata, kemahen!) aku dapat satu sms dari seorang kawan lama. Kawan yang kita memang tak contact kalau tak ada apa hal. Jenis aku kalau dengan kawan yang jumpa hari-hari pun aku tak contact kalau tak ada apa hal ;p 

Dia punya intro dalam sms tu betul-betul buat aku curious sampai tahap aku sanggup pergi topup semata-mata sebab nak balas dia punya mesej. Kenapa? Sebab kawan lama yang jarang contact kalau tak ada apa hal tu tu hantar sms dengan ayat, 

"Assalamualaikum, mia nak tanya sikit boleh?"

Kau rasa apa yang kawan lama kau tu nak tanya? Dah la aku jenis manusia yang punya daya ingin tahu yang sangat tinggi, lalu selepas bertanya dan dijawab, tujuan sms itu adalah sebab nak tempah baju.

K, fine. 

Suspen sangat... =__='


Kawan lama, tinie namanya mintak aku buatkan dress untuk dia. Tapi semua atas aku. Ukuran badan dia pun aku ukur sebelum raya tahun lepas lepas tu dia cuma bagi ukuran labuh baju, bagi warna kain yang dia mahu dan tarikh yang dia mahu pakai.

It's all on me? Seriously??

So i take it as a challenge.


Aku beli kain online je kat instashop sebab tak ada masa nak keluar cari kain, Aku order, tinie bayar dan kain sampai. Senang buat dress untuk tinie, semua benda dia tak kisah.

"Nak design macam jubah mia tu.."
"Buat je ikut citarasa mia.."

O__O

Sebab tinie dah cakap camtu, memang aku buat macam yang aku naklah, hahaha...




sebenarnya memang dah lama berkenan nak pakai labuci macam ni kat baju sendiri, tapi tak terbuat-buat, pastu memikirkan kalau nak buat manik kat baju tinie mungkin tak sempat, teros aku pakai labuci ni, tanya tinie nak warna apa, lagi sekali dia cakap ikut aku, tinie tak kisah



Jadi selepas meminta pendapat semua orang, biru adalah yang paling baik sebab gold macam striking sangat, kelabu tu macam dah biasa sangat, biru just nice..


Sepatutnya tinie mintak nak buat tangan macam dress aku, ada kaf, tapi sebab masa tu aku macam terlalu banyak perkara yang mahu difikirkan, aku langsung terlupa apa yang tinie mintak, lagi-lagi sebab aku nak letak labuci nih, lagilah aku terlupa. Sorry tinieeee... ;(


Eh, tapi pun, kalau nak buat kaf kena ambil ukuran siku bagai, Nasib baik pun tak buat sebab kite tak ada ukuran tangan Tinie untuk buat kaf, mihmih >__<




Naaahhh.. 'custommade Dress for Tinie by miaKaftiya' 


Eh, tetibe jadi label pakaian muslimah. ;p



Kalau ada sesiapa yang nak aku buat custom made dress sila inform me lebih awal, sebulan dua lebih awal lebih baik. Last minit punya order kita mungkin tak mampu nak layan *__*




Dress macam mia, kat sini.. --->> The bridesmaid dress


1 ulasan:

Razfira berkata...

cantik :)