Sabtu, 23 Mei 2015

Novel Review : Bougainvillea - Packy Sidique


Assalamualaikum,





Novel pertama yang berjaya aku habiskan hasil tangkapan kat pesta buku itu hari. Asalnya aku tak berniat pun nak beli novel ni, tapi sebab kakak cashier tu tanya, 

"Dah baca novel pertama dia (packy sidique)?"

aku geleng.

"Novel dia best."

"Ahhh.. tak maulah best-best" teknik klise bila orang nak promote sesuatu. semuanya mesti best, mesti baik, mesti berkesan dan bagus ;p

"Sampai ke hujung cerita akak tak tahu siapa pembunuhnya.."

"Okey! Bolehlah." (nampak tak akak tu dah berjaya tarik minat aku? Good job akak! Jemari seni akan lebih 'kaya' kalau semua staff dia macam akak, Ahahaha.. kidding!)



Tak macam kebanyakan novel lain yang biasa aku baca, cerita ni dah buat aku tertarik pada bab yang pertama, tapi 'tak juga macam kebanyakan novel yang lain', semakin aku baca, semakin aku tak tertarik. Ahahahahah...Aku percaya, bukan cerita ini yang bosan, cuma dia tak berjaya tarik minat aku. >__<


Selepas kehilangan Nina, cerita tentang tugas kimi dan pengenalan watak Deena bagi aku (again. BAGI AKU) agak  slow. Misteri cerita ini adalah kehilangan Nina, muka Deena yang persis muka Nina dan Bougainvillea yang keluarga Deena duduk sekarang. Semua benda saling berkait rapat dan betullah kata kakak JS tu, sampai ke sudah aku pun tak boleh nak teka siapa pembunuh sebenar.


Aku bukan tak boleh teka tapi aku pasti semua watak berkemungkinan untuk jadi suspek utama, dari orang yang paling dekat sehinggalah ke watak yang 'di-kambing-hitam-kan' penjenayah itu ada disekeliling mereka.  


Jadi bila identiti sebenar Encik Mushi-mushi tu terbongkar, dah tak surprise. 






"Alaaaa.. payah betullah kalau bagi budak ni baca novel, semua dia dah tau!" Rungut si penulis novel (kalau dia baca review ini) ;-p

Tiada ulasan: