Sabtu, 30 Mei 2015

Novel review : Pakar - Nadia Khan


Assalamualaikum.





Pakar adalah sebuah novel yang mempunyai dua novella di dalamnya. Agensi curi jodoh dan Pakar sakit hati.


AGENSI CURI JODOH : Tentang Rouk yang membuka agensi 'cari' jodoh (baca : curi) dan menguruskan kes si gadis (Liya) yang menyimpan perasaan pada bosnya (Khairy) sendiri tetapi malangnya bosnya itu sudah ada awek. Rouk, sebagai seorang bos menyerahkan tugas itu kepada pekerja terbaiknya, Ben dan Erin. Dalam masa yang sama, Erin menyimpan perasaan terhadap Ben dalam diam dan Ben secara tak sengaja telah jatuh hati pada Julia (kekasih Khairy) dalam misi untuk menyatukan Liya dan Khairy.


Aku suka baca kisah diorang. SUKA SANGAT! SANGAT! SANGAT!  Masa baca aku terus teringatkan satu filem korea ni tajuknya.... (galimemori) ah, lupe! Love ke apa ke. Pasal sekumpulan orang yang menawarkan khidmat untuk orang yang ada masalah cinta, yang mahu.... eh, aku bukan nak cerita tentang drama korea tu kat sini. =__="

Then, cerita ni sangat simple, tak meleret, mudah dihadam dan buat aku rasa excited nak baca sampai habis. Juga, tidak cliche'. Aku sangat suka pengakhiran kisah cinta empat (ke lima?) segi ini. Sangat! *muka puas hati*



PAKAR SAKIT HATI

Mengisahkan Sandra dan Max yang buka klinik kaunseling untuk pasangan yang bermasalah dalam hubungan. Sandra dan Max masing-masing punya cara dan pendekatan yang berbeza dalam menyelesaikan kes pesakit mereka....


Aku tak boleh nak hurai lebih detail tentang cerita ni sebab ianya agak complicated. Tapi still aku masih suka dengan cerita ini walaupun aku tak mampu nak baca sampai habis (walaupun cuma tinggal few pages) sewaktu aku mengantuk, sebab.... percayalah, ianya agak complicated untuk dihuraikan. Aku perlu membaca dengan minda yang segar dan mata yang segar.  


Aku suka watak si kembar seiras Jon dan Joni walaupun kekadang aku menyampah nak baca bila part diorang bercakap sambung menyambung ayat tu, rimas tahu? (I feel what you feel Sandra!, *tetiba*)
Cerita ini masih menarik dengan masalah client yang datang dengan pelbagai masalah dan pengakhirannya adalah sesuatu yang tidak dijangka. Aku rasa mungkin aku patut berhenti buat rumusan sebab,

It is worth to read! 


#misibacabukupbakl
#buku2

1 ulasan:

Razfira berkata...

menarik.. baucer buku pon ade lg hahahaha