Selasa, 23 Jun 2015

Tidur.


Assalamualaikum,


Ada orang tegur pipi aku makin naik. aku tak sedar yang pipi aku makin naik, yang aku sedar saiz kelebaran peha aku makin bertambah. Aku tahu apa puncanya.


Tidur.


Pada puasa yang pertama aku berbuka dengan nasi berwarna kuning mak masak (aku agak itu nasi minyak versi mak) dengan ayam masak kurma, bukan favourite aku pun tapi aku makan sampai tiga pinggan. Lepas aku niat nak cuba diet atkin (yang sekerat jalan tu) aku mana penah makan nasi lebih dari sesenduk. Eh, ada.... tapi jarang-jarang, Lepas makan nasi tiga kali tambah, aku tertidur pula semasa orang lain bersiap-siap nak pergi terawih.


Malam tadi lepas maghrib aku tertidur lagi. Padahal aku rasa aku makan ala kadar je kot? Aku pesan kat adik-adik suruh gerak aku solat Isyak, tapi aku tersedar balik bila whatsapp group berbunyi pukul 2 pagi. Terkebil-kebil aku dalam gelap, Lost. Apa aku buat malam tadi? Kenapa aku tidur? Aku dah solat Isyak ke belum? 


*Whatsapp group berbunyi lagi. Mell dengan Pok ni tak reti tidur ke?* aku matikan wifi dan sambung tidur. 


Bangun pagi aku teringat yang 'pipi aku dah naik' aku kena buat sesuatu untuk kempiskan balik pipi aku. Aku tak faham macammana aku boleh tidur awal padahal sebagai seorang tukang jahit, bulan ini adalah bulan yang aku tak boleh duduk relax sebab kalau aku relax sekarang, aku akan dikejar dateline dan panggilan customer bila dah nak dekat raya nanti.


*Tepuk pipi*


Lepas ni tak mau tidur banyak dah. Siang malam kena bekerja!




Juga nak kurangkan bercakap, sebab silent is golden. 



Selamat berpuasaaaa... baju raya dah siap? Jangan call tailor dan tanya macam tu tau, nanti tailor semua stress, chillex la, baru minggu pertama ramadan kot.. *wink*


1 ulasan:

Razfira berkata...

samala.. kita pon kuat tidur bln posa ni.. adeiii