Jumaat, 24 Julai 2015

Novel review : Patung - Muhammad Fatrim


Assalamualaikum.


Novel Patung adalah novel yang sangat aku tunggu sebab aku dah baca Asrama dan bagi aku Asrama best giler! Tapi sebab novel Asrama tu pinjam orang punya, aku dah tak berapa nak ingat jalan cerita dia ;(


Patung ada jalan cerita yang menarik, agak seram (mungkin sebab aku memang penakut) dan twist yang agak memeningkan kepala (kalau tak baca dengan teliti) dan agak kurang pada cara penyampaian yang tak berapa kemas. Ayat kurang padu dan peletakan perkataan yang kurang sesuai buat aku kurang rasa 'impak' yang sepatutnya aku rasa. 


Pada babak-babak yang Orked jumpa hantu kat wad, ada sesetengahnya yang buat aku keliru, itu hantu atau apa? Ada juga babak-babak tergantung yang suruh readers 'faham-faham sendiri' aku tak faham pun. Ayat tu jadi tergantung begitu saja.


Tapi permulaan cerita sangat menarik bahagian puan bougan dan upacara pada malam tahun baru tu je tapi selepas itu, impaknya dah tak sampai.


Agak terganggu dengan perkataan 'Eh!' (macam yang awak selalu letak dalam status di facebook?) Sound effect bunyi pintu-bunyi bonet kereta-bunyi accident masuk gaung. Kata ganti diri yang tidak konsisten, kejap aku, kejap saya?


Bahagian imbas kembali bagaimana orked boleh jadi melur, melur sebenarnya Sarah, aku tak berapa faham. Mungkin sebab aku tak baca  dengan teliti dan tak sabar-sabar nak habiskan baca, tapi keseluruhannya, jalan cerita sangat menarik cuma aku tak enjoy dengan gaya penceritaan. ;(


Saya percaya yang awak boleh tulis lebih baik dari ini ayim, walaupun dah tak berapa nak ingat jalan cerita Asrama, tapi saya percaya Asrama lebih ringkas dan deep, tak perlu terlalu banyak watak yang mengelirukan dan twist yang terlalu 'mencuba'. 


Pendapat 20 sen kite je awak, peace!




#misibacabukupbakl
#buku3