Khamis, 27 Ogos 2015

Tip tulis : Gaya penulisan


Assalamualaikum


Maaflah, ini bukan tips sangat pun, ini cuma perkongsian. ;)


Ada seorang kawan aku pernah kata, "Mudah je nak agak orang tu suka baca buku apa, melalui penulisan dia."


Maksud dia kat situ, kalau kau suka baca novel cinta yang ringan dan mudah dihadam, kau mungkin akan terikut-ikut menulis dengan cara begitu. Kalau kau suka baca buku-buku berat yang penuh ilmiah, kau juga akan menulis sebegitu, kalau kau suka baca novel-novel sastera, tulisan kau juga akan jadi begitu. 


Your writings is what you read.

Aku dah puas dah tulis dalam gaya santai yang mudah dihadam (Aku tak sedar pun itu gaya aku menulis sehingga diberitahu oleh kawan-kawan) sehinggalah aku baca tulisan-tulisan yang lebih berat daripada yang aku biasa baca. Masa tu aku baru sedar, aku dah terlalu selesa dengan 'gaya' aku sampaikan nak ubah kepada gaya lain sangat susah. Dan untuk melakukan itu aku perlu mengubah bahan-bahan bacaan aku. Pheww! *kesat peluh kat dahi* 


Tauuuu... it takes time. Tapi tak pe, perlahan-lahan cuba. Jadi aku nak nasihatkan korang yang baru-baru nak belajar menulis tu kena pandai pilih bahan bacaan, lebih baik baca semua jenis genre buku dari semua jenis penulis. Barulah sel-sel otak akan berhubung! 


Kalau korang nak baca variety style of writings, korang boleh baca kat Ohkarkas.blogspot.com. Sesungguhnya, kalau korang dah biasa baca satu bahan bacaan dari satu sumber sahaja, korang mungkin akan alami sedikit culture shock (seperti aku) selepas korang baca cerita-cerita kat OhKarkas.


Selain itu, pergilah daftar kat wattpad sebab aku dah jumpa banyak awesome writer dengan awesome stories yang aku memang tak akan pernah jumpa kat penulisan2u. Tetibe kakak rasa sel-sel otak kakak dah berkembang! *mata bersinar-sinar*


Kat Ohkarkas, aku punya favourite -- Abul Junosid, pok pok Kuzawa, Ben Syamil, Bob Zeross. Sebenarnya semua best-best, tapi korang kena find out sendirilah! Each of them ada 'trademark' writing yang tersendiri.

Find your own, writers.



Selasa, 25 Ogos 2015

pukul 9 pagi


Assalamualaikum.


Selalunya aku pergi kerja pukul 10, 11 pagi tapi bila waktu-waktu tertentu bila ada kerja urgent aku akan cuba jugak masuk kerja awal and sooo ya, something happen pastu aku dengan Oly decided nak pergi kerja awal esoknya, seawal 9 pagi.


9 PAGI. *tanamkan dalam minda*


Jadi selalunya punca yang buat aku masuk kerja lambat adalah hantar mak pergi pasar, basuh pinggan, lipat kain etc sebab tu malamnya aku dah prepare siapkan apa yang patut dan pastikan samada mak nak pergi pasar atau tak, semuanya sebab nak pergi kerja pukul 9 pagi.


Lalu jadual pagi itu bermula begini...


6.30 pagi : Bangun  (Terfikir-fikir nak bermalas-malasan lagi dalam bilik lepas tu teringat '9 pagi' terus keluar bilik)

7.15 pagi : Basuh pinggan.

7.30 pagi : Kemas apa yang patut

7.45 pagi : Settle. lepas tu dah tak tau nak buat apa, capai phone.

*Duduk diam-diam dalam bilik sampai pukul 8.20 pagi* 

8.25 pagi : Mandi. 

8.35 pagi : Baru tergagau-gagau mencari nak masak apa untuk breakfast sambil mata kerling jam kat dinding.

8.45 pagi : Selesai goreng lepek *lempeng tepung* dan roti telur.  Lalu makan dengan tergesa-gesa sambil mengerling jam lagi. Tetiba aku rasa macam jarum jam tu bergerak terlalu pantas.

9. 00 pagi : Aku masih di rumah dan tergesa-gesa nak pakai tudung, Oly dah siap dah kat rumah dia padahal pukul 8.40 masa dia call, dia baru nak pergi mandi. 

9. 10 pagi : *Start enjin kereta*  LAMBAT!




Jadi selama ini masa yang terlalu banyak di rumah sampai lambat pergi kerja itu terbazir kerana CAPAI PHONE. Mujur je hari ni memang berkeras nak pergi awal, cuba hari-hari lain, "Ah jap lagi arr.." main phone lagi.


Tak taulah nak salahkan phone ke atau nak salahkan diri sendiri yang biarkan diri leka dengan telefon?


Jumaat, 21 Ogos 2015

Bila dah ada instagram


Assalamualaikum.



Ahhh... how i miss my blog sooo much!"Fuh, fuh" *tiup habuk*

Sejak ada instagram macam tak tau nak tulis apa dah kat blog. Dia macam satu gambar dah cukup untuk ceritakan semua benda. Dia macam nak tulis lepas tu lupa nak tulis apa. dia macam ah, biarkan blog itu berhabuk sampai ada yang rindu. Eh?


Dia sebenarnya macam tak mau kongsi terlalu banyak kisah peribadi kat sini tapi sebab dah rindu tulis jugaklah kat sini.


Eh, untuk kawan-kawan yang nak tanya tentang my tailoring services tapi tak ada no telefon/tak jadi friend kat facebook (mungkin sebab tak tau kita guna nama apa kat facebook) dan sewaktu dengannya, awak boleh follow instagram kita 



https://instagram.com/kafteeya/ 

itu official tailoring ig, bukan personal IG. Soooo... buat masa ni tak banyak update sangat sebab dia sejenis yang malas nak jahit baju-ambil gambar-post kat instagram, Teheee.. >____< jadi kalau ada sesiapa yang pernah guna khidmat aku, ada instagram, bolehlah selfie dengan baju memasing dan tag kat aku, nanti boleh update terus. PLEASE DO!


PLEASE NOTE :  Aku masih amatur tailor, masih belajar, masih banyak yang perlu diperbaiki, masih banyak yang belum diterokai, mungkin ada sesetengah permintaan yang aku tak dapat nak tunaikan, tapi jangan risau kita boleh sembang-sembang  sebelum korang buat tempahan. kalau awak sudi tempah then aku cuma boleh cakap, 


# thank you sudi tempah dengan amatur tailor ini.




p/s :  kalau awak baik hati, tolong "panjangkan" pesanan ini pada kawan-kawan yang awak suka. Terima kasih. ;-[)