Selasa, 25 Ogos 2015

pukul 9 pagi


Assalamualaikum.


Selalunya aku pergi kerja pukul 10, 11 pagi tapi bila waktu-waktu tertentu bila ada kerja urgent aku akan cuba jugak masuk kerja awal and sooo ya, something happen pastu aku dengan Oly decided nak pergi kerja awal esoknya, seawal 9 pagi.


9 PAGI. *tanamkan dalam minda*


Jadi selalunya punca yang buat aku masuk kerja lambat adalah hantar mak pergi pasar, basuh pinggan, lipat kain etc sebab tu malamnya aku dah prepare siapkan apa yang patut dan pastikan samada mak nak pergi pasar atau tak, semuanya sebab nak pergi kerja pukul 9 pagi.


Lalu jadual pagi itu bermula begini...


6.30 pagi : Bangun  (Terfikir-fikir nak bermalas-malasan lagi dalam bilik lepas tu teringat '9 pagi' terus keluar bilik)

7.15 pagi : Basuh pinggan.

7.30 pagi : Kemas apa yang patut

7.45 pagi : Settle. lepas tu dah tak tau nak buat apa, capai phone.

*Duduk diam-diam dalam bilik sampai pukul 8.20 pagi* 

8.25 pagi : Mandi. 

8.35 pagi : Baru tergagau-gagau mencari nak masak apa untuk breakfast sambil mata kerling jam kat dinding.

8.45 pagi : Selesai goreng lepek *lempeng tepung* dan roti telur.  Lalu makan dengan tergesa-gesa sambil mengerling jam lagi. Tetiba aku rasa macam jarum jam tu bergerak terlalu pantas.

9. 00 pagi : Aku masih di rumah dan tergesa-gesa nak pakai tudung, Oly dah siap dah kat rumah dia padahal pukul 8.40 masa dia call, dia baru nak pergi mandi. 

9. 10 pagi : *Start enjin kereta*  LAMBAT!




Jadi selama ini masa yang terlalu banyak di rumah sampai lambat pergi kerja itu terbazir kerana CAPAI PHONE. Mujur je hari ni memang berkeras nak pergi awal, cuba hari-hari lain, "Ah jap lagi arr.." main phone lagi.


Tak taulah nak salahkan phone ke atau nak salahkan diri sendiri yang biarkan diri leka dengan telefon?


Tiada ulasan: