Khamis, 27 Ogos 2015

Tip tulis : Gaya penulisan


Assalamualaikum


Maaflah, ini bukan tips sangat pun, ini cuma perkongsian. ;)


Ada seorang kawan aku pernah kata, "Mudah je nak agak orang tu suka baca buku apa, melalui penulisan dia."


Maksud dia kat situ, kalau kau suka baca novel cinta yang ringan dan mudah dihadam, kau mungkin akan terikut-ikut menulis dengan cara begitu. Kalau kau suka baca buku-buku berat yang penuh ilmiah, kau juga akan menulis sebegitu, kalau kau suka baca novel-novel sastera, tulisan kau juga akan jadi begitu. 


Your writings is what you read.

Aku dah puas dah tulis dalam gaya santai yang mudah dihadam (Aku tak sedar pun itu gaya aku menulis sehingga diberitahu oleh kawan-kawan) sehinggalah aku baca tulisan-tulisan yang lebih berat daripada yang aku biasa baca. Masa tu aku baru sedar, aku dah terlalu selesa dengan 'gaya' aku sampaikan nak ubah kepada gaya lain sangat susah. Dan untuk melakukan itu aku perlu mengubah bahan-bahan bacaan aku. Pheww! *kesat peluh kat dahi* 


Tauuuu... it takes time. Tapi tak pe, perlahan-lahan cuba. Jadi aku nak nasihatkan korang yang baru-baru nak belajar menulis tu kena pandai pilih bahan bacaan, lebih baik baca semua jenis genre buku dari semua jenis penulis. Barulah sel-sel otak akan berhubung! 


Kalau korang nak baca variety style of writings, korang boleh baca kat Ohkarkas.blogspot.com. Sesungguhnya, kalau korang dah biasa baca satu bahan bacaan dari satu sumber sahaja, korang mungkin akan alami sedikit culture shock (seperti aku) selepas korang baca cerita-cerita kat OhKarkas.


Selain itu, pergilah daftar kat wattpad sebab aku dah jumpa banyak awesome writer dengan awesome stories yang aku memang tak akan pernah jumpa kat penulisan2u. Tetibe kakak rasa sel-sel otak kakak dah berkembang! *mata bersinar-sinar*


Kat Ohkarkas, aku punya favourite -- Abul Junosid, pok pok Kuzawa, Ben Syamil, Bob Zeross. Sebenarnya semua best-best, tapi korang kena find out sendirilah! Each of them ada 'trademark' writing yang tersendiri.

Find your own, writers.



Tiada ulasan: