Sabtu, 12 September 2015

i write to express


Assalamuaikum,


Ada satu hari tu terjumpa cikgu lama kat pasar ahad, pastu die tegur, (walaupun dia tak ingat nama aku dah) "kamu tulis novel kan?" (sebab dia nampak kat facebook)


Teringat dulu-dulu masa mood menulis novel aku tengah rancak naik, macam berlumba-lumba dengan e novel writers yang lain menulis enovel sendiri, bila ada few enovel-writers yang dah debut diorang punya novel, rasa macam... Aaaaaa.. jelesnya. Okey kena rajin menulis lagi sampai siap manuskrip.


Atau bila jumpa sesiapa yang tau kita menulis then diorang tegur soalan yang sama 'awak menulis novel eyh?', lepas tu mulalah blushing dan kembang-kembang dalam hati padahal manuskrip pun tak siap apa lagi, publish kat blog je pun. Atau bila ada new readers yang add kat facebook pastu dok puji-puji cerita kite best, suruh sambung tulis cepat-cepat, atau yang pm dan tanya 'KENAPA IMAN HARRAZ BELUM JADIK NOVEL?' masa tu rasa serba salah sangat sebab buat Harraz's lovers (panggilan untuk mereka yang follow enovel Tuan Muda Iman Harraz) tertunggu-tunggu sebab aku terlalu cerewet dalam menulis cerita itu sampai sekarang aku masih tak siapkan.


Jadi berbalik kepada jumpa cikgu lama dan soalan kamu tulis novel kan?


Masa tu aku dah tak rasa apa dah. Tak rasa blushing, tak ada rama-rama berkepak dalam perut, tak ada rasa serba salah sebab dah sebulan tak menulis, tak rasa bangga sebab cikgu-lama-kite-tahu-kite-menulis-weh! Tak. Ada.


Kenapa?


Dah penat.


Mungkin dulu aku terlalu kejar title, miakaftiya-the-writer. Readers go after me, signing session at pbakl atau mana-mana pesta buku, Oh sooo "glamour" life wannabe. =__='


Seiring masa berlalu, my passion still writing tapi bukan tulis untuk puaskan hati orang lain, tapi lebih kepada tulis untuk kepuasan diri sendiri. Siapa kata aku tak rindu semua zaman kegemilangan itu semua? Aku rindu, tapi penatlah nak kejar sesuatu yang.. yang... entah. Penatlah nak tulis novel tapi tak reti, tapi tak cukup semangat, tapi selalu lost jalan cerita, tapi selalu fikir apa yang 'haters' akan kata, tapi-selalu... yang buat aku langsung tak buat.


Aku bersyukur Allah temukan aku dengan geng-geng KarKas, sebab mereka, aku masih lagi menulis. (Walaupun kadang-kadang) ^__^