Ahad, 25 Oktober 2015

Kenyang


Assalamualaikum,





Nizar, lepas makan tak boleh tidur.

Kenapa?

Sebab perut tengah bekerja.

Eh, perut boleh kerja ke?

*Selingan masuk nasi dalam mulut* sebab dia nak proses nasi yang kita makan. 

*kunyah*

Pukul satu baru boleh tidur. *pandang jam yang dah nak menginjak ke pukul 11 malam*

*Nizar diam*

Pak cik dengan ude tak boleh tidur?  (pak cik adalah nama manja dia, btw)

*angguk*




***Few minutes after late dinner***




Ude, kalo baring boleh?

*senyum sinis* Nanti tertidur..

Mana ada. *terus berbaring sambil tengok tv.*


few minutes later, dia dah tidur depan tv dah. 




selang 10 minit lepas tu, ude pulak tido. Seriouslyyyyy.. takkan ude nak stay awake sengsorang sampai pukul satu pagi?? 


*ude kan penakut...*

Khamis, 22 Oktober 2015

#zinejerebu


Assalamualaikum




Jerebu datang lagi! 


Aku tak reti nak tulis panjang-panjang hari ini, mood aku ke laut sungguh, Nak baca 'karkas' kat whatsapp group pun aku tak larat *sigh* padahal 'karangan ringkas' je pun. Cuma nak kongsi #zinejerebu yang ditulis oleh sebilangan kecil rakyat marhaen yang mengexpresikan tentang jerebu dalam gaya dan tulisan mereka tersendiri,


Ada puisi, cerpen, catatan dan sebagainya 


Dan yang paling penting zine ini adalah PERCUMA dan datang dalam bentuk PDF. Korang boleh download dan baca terus dari lappy/phone atau print dan kongsi dengan kawan-kawan yang korang suka asalkan korang tak jual. 


Aku ada sumbangkan satu karya kat dalam ni, Tulisan dari hati. Nak baca kena download sendiri. 'Tulisan' tu aku tak mau upload kat blog, biar dia kekal exclusive dalam #zinejerebu. Achegitue... ;-p










p/s : cerpen Hilang dibawa jerebu - mia kaftiya, m/s 88




Aku cadang nak print, biar jadi koleksi yang boleh diulang baca berulang kali dan dikongsi dengan kawan-kawan yang kita suka.

Rabu, 14 Oktober 2015

skincare routine


Assalamualaikum,


Dulu aku sejenis yang tak peduli tentang "beauty". Aku adore tengok manusia-manusia cantik ni, tapi langsung tak ada inspirasi untuk jadi cantik macam diorang jugak. Dulu aku hidup dengan pemikiran manusia cantik itu memang dilahirkan cantik, dan manusia yang tak berapa nak cantik ni *tunjuk jari ke muka sendiri* selamanya akan jadi tak cantik. Begitulahhhh...


Satu lagi dulu aku ingat kalau nak cantik kena pakai krim muka, so that krim tu akan putihkan kulit muka kita jadi kita akan kelihatan cantik. Betul kan?? *muka polos*


Naaahhhh... sekarang bila dah besar, dah surrounded by beautiful friends, barulah aku tahu yang nak jadi cantik kena mula dari dalam, dari penjagaan kulit itu dulu.


Ini my skincare rutin, mungkin tak sama dengan cara orang lain, tapi as time goes by, aku mungkin akan tambah lagi step-step sampingan bergantung pada keperluan semasa.



1. CLEANSER

orang kata 'treat your skin like a baby' so, masa cuci muka pakailah jari kelingking. Paham tak? Jari-kelingking. Penat kan, nak tonyoh muka pakai jari kelingking, bila nak habis cuci satu muka macam tu? Jadinya, option lain gunakanlah jari hantu atau jari manis anda


2. SCRUB / PORE STRIPS

At least seminggu sekali, aku akan scrub muka sebab kadang-kadang muka akan nampak kusam atau whitehead dah mula nampak bersepah-sepah kat muka kan, rasa gatal macam ada hama je kat muka, So alang-alang dah dah scrub tu terus jelah pakai nose pore strips kat hidung (kekadang kat pipi juga) untuk buang whitehead. Selalunya lepas tanggal nose pore strips tu, muka akan jadi gatal merenyam semacam, so aku cuci muka balik tapi ala kadar je, bagi hilang rasa gatal tu.


3. TONER

Bila kita dah scrub muka, liang-liang roma akan terbuka, jadi untuk menutupnya balik kena tuam muka dengan ais batu, atau kalau tak silap aku, dengan toner. (correct me if i'm wrong) however, toner tetap step yang penting.


4. MOISTURIZER

you know what pelembap are for, right?


maaflah, aku tak reti nak explain lebih-lebih fungsi setiap benda tu apa, tapi itu basic skincare, so kalau kau nak tau lebih mendalam lagi, go google / youtube yourself lahhhh...





my target nak kulit jadi bersih dan flawless macam dalam gambar, padahal kamera yang menipu lalu menutup semua cela dan jerawat di muka. LOL