Rabu, 14 Oktober 2015

skincare routine


Assalamualaikum,


Dulu aku sejenis yang tak peduli tentang "beauty". Aku adore tengok manusia-manusia cantik ni, tapi langsung tak ada inspirasi untuk jadi cantik macam diorang jugak. Dulu aku hidup dengan pemikiran manusia cantik itu memang dilahirkan cantik, dan manusia yang tak berapa nak cantik ni *tunjuk jari ke muka sendiri* selamanya akan jadi tak cantik. Begitulahhhh...


Satu lagi dulu aku ingat kalau nak cantik kena pakai krim muka, so that krim tu akan putihkan kulit muka kita jadi kita akan kelihatan cantik. Betul kan?? *muka polos*


Naaahhhh... sekarang bila dah besar, dah surrounded by beautiful friends, barulah aku tahu yang nak jadi cantik kena mula dari dalam, dari penjagaan kulit itu dulu.


Ini my skincare rutin, mungkin tak sama dengan cara orang lain, tapi as time goes by, aku mungkin akan tambah lagi step-step sampingan bergantung pada keperluan semasa.



1. CLEANSER

orang kata 'treat your skin like a baby' so, masa cuci muka pakailah jari kelingking. Paham tak? Jari-kelingking. Penat kan, nak tonyoh muka pakai jari kelingking, bila nak habis cuci satu muka macam tu? Jadinya, option lain gunakanlah jari hantu atau jari manis anda


2. SCRUB / PORE STRIPS

At least seminggu sekali, aku akan scrub muka sebab kadang-kadang muka akan nampak kusam atau whitehead dah mula nampak bersepah-sepah kat muka kan, rasa gatal macam ada hama je kat muka, So alang-alang dah dah scrub tu terus jelah pakai nose pore strips kat hidung (kekadang kat pipi juga) untuk buang whitehead. Selalunya lepas tanggal nose pore strips tu, muka akan jadi gatal merenyam semacam, so aku cuci muka balik tapi ala kadar je, bagi hilang rasa gatal tu.


3. TONER

Bila kita dah scrub muka, liang-liang roma akan terbuka, jadi untuk menutupnya balik kena tuam muka dengan ais batu, atau kalau tak silap aku, dengan toner. (correct me if i'm wrong) however, toner tetap step yang penting.


4. MOISTURIZER

you know what pelembap are for, right?


maaflah, aku tak reti nak explain lebih-lebih fungsi setiap benda tu apa, tapi itu basic skincare, so kalau kau nak tau lebih mendalam lagi, go google / youtube yourself lahhhh...





my target nak kulit jadi bersih dan flawless macam dalam gambar, padahal kamera yang menipu lalu menutup semua cela dan jerawat di muka. LOL

Tiada ulasan: