Khamis, 22 Oktober 2015

#zinejerebu


Assalamualaikum




Jerebu datang lagi! 


Aku tak reti nak tulis panjang-panjang hari ini, mood aku ke laut sungguh, Nak baca 'karkas' kat whatsapp group pun aku tak larat *sigh* padahal 'karangan ringkas' je pun. Cuma nak kongsi #zinejerebu yang ditulis oleh sebilangan kecil rakyat marhaen yang mengexpresikan tentang jerebu dalam gaya dan tulisan mereka tersendiri,


Ada puisi, cerpen, catatan dan sebagainya 


Dan yang paling penting zine ini adalah PERCUMA dan datang dalam bentuk PDF. Korang boleh download dan baca terus dari lappy/phone atau print dan kongsi dengan kawan-kawan yang korang suka asalkan korang tak jual. 


Aku ada sumbangkan satu karya kat dalam ni, Tulisan dari hati. Nak baca kena download sendiri. 'Tulisan' tu aku tak mau upload kat blog, biar dia kekal exclusive dalam #zinejerebu. Achegitue... ;-p










p/s : cerpen Hilang dibawa jerebu - mia kaftiya, m/s 88




Aku cadang nak print, biar jadi koleksi yang boleh diulang baca berulang kali dan dikongsi dengan kawan-kawan yang kita suka.

Tiada ulasan: