Isnin, 7 Disember 2015

Novel review : Meremang


Assalamualaikum.



Lamaaaaa gilaaaa nak habiskan baca buku ni. Dia macam... nak baca novel ah, lepas tu pegang phone terus ralit sampai terlupa nak baca, atau dah baca satu dua mukasurat, lepas tu tertidur. 


Tak. Novel ni tak boring. Dia cuma kurang daya tarikan atau tak ada 'key' yang boleh buat orang untuk terus baca tanpa henti. Ya, dia cuma tak ada benda tu.  Keseluruhannya, bagi aku novel ini agak / terlalu tebal untuk konflik yang ringan, suspen yang tak begitu terasa, banyak lewah like no point, genre seram yang tak seram. dan ending yang tak sampai ke tahap yang 'WOW'. 


Untuk novel tebal yang jawapan untuk semua clue cerita diletak pada ending, ending cerita ini agak menghampakan. terlalu tergesa-gesa!. Pendapat aku, bahagian konflik, clue dan back story tentang banglo biru perlu diperkukuhan lagi. Dan babak-babak Imriz kat office dengan kawan sepejabatnya sembang pasal Zamia macam tak perlu kot. Tak begitu menyumbang kepada pengembangan cerita.


Pendapat aku lagi, kalau novel ni ditulis dalam ketebalan biasa dan fokus hanya pada zamia dan yang related dengan banglo biru serta dibuang lewah yang tak perlu, cerita ini akan jadi lebih menarik. Dan lebih padu.


Tapi bukan senang nak tulis novel seram, untuk first try, penulis kira hebat jugaklah. *tepukan gemuruh*





Tiada ulasan: