Rabu, 21 Disember 2016

Dear you.


Assalamualaikum,


me with my bestfriend be like...



Aku : Oly, jom kita pergi bercuti. Teringinlah nak pergi melaka....

Oly : Tak nak, Oly tak suka berjalan, Nanti pening, mual, tak sihat. Daripada Oly menyusahkan orang baik tak payah pergi.

Aku : *menunduk dan tidak mengusulkan cadangan itu lagi.



***********



Aku : Oly nanti kita pergi shopping nak? Dah lama kite tak shopping, seluar ni pun dah burukkkk..."

Oly : Boleh, tapi kena tunggu ada duit lah. Pergi shopping tak ada duit tak best juga.

Aku : Okey, bila Oly ada duit?

Oly : Tunggu gajilah.


few weeks later. Bila dah gaji.... *Insert bunyi burung gagak*



***********



Aku : Oly jom makan shellout! Haritu makan dengan family tak puas laaaaa... nak makan lagi! Jom?"

Oly : *senyum* duitnya mana mak cik?

Aku : Alaaa... kita share la dua orang. Kite separuh, oly separuh. Bila nak pergi? Jom kumpul duit.

Oly : *Insert bunyi cengkerik*



***********


Oly : Teringin la nak makan kfc yang baru ni. Tengok iklan sedapnyaaa..

Aku : Ha jom pergi kfc. Makan sana.

Oly : Alaa.. tak nak makan kat sana, tapau makan kat kelas je tak boleh?

aku : *insert bunyi cengkerik*



Memang dia susah nak layan aku punya keinginan yang kekadang main cakap je pastu kalau orang tu layan kerenah aku tu memang aku akan buat betul macam yang aku selalu buat dengan siblings contohnya makan kat secret receipe padahal duit dalam bank ada RM50 je / pergi moodrepublic tapi belum gaji / bangun pagi terus ajak mandi kolam berbayar dan banyak lagi benda spontan lain yang kami pernah buat tapi tak pernah buat dengan Oly sebab dia tak suka spontan things (i guess).



Tapi walaupun dia tak boleh nak layan semua an-excuse-idea-gila-spontan-to-escape-bila-stress aku tu, dia boleh bagi sesuatu yang tak semua orang boleh bagi ; an-ear-to-listen.


ada orang mendengar untuk membalas balik

ada orang mendengar untuk mengkritik

ada orang mendengar untuk mencari kesalahan kita balik

ada orang mendengar, tapi sebenarnya buat-buat tak dengar.

....


tapi dia mendengar untuk memahami. ;)







Happy birthday Oly.


 Semoga kita berkawan sampai syurga. aminnn....

Isnin, 19 Disember 2016

Jahit manik?


Assalamualaikum




Sebelum aku terjebak dalam dunia jahitan, aku bermula dengan ambil upah jahit manik. Tapi bukannya pandai sangat pun, tak pergi mana-mana kelas atau tengok tutorial kat blog ke buku ke pun, memang betul-betul amatur. Cuma belajar basic lepas tu pakai kretiviti sendiri je.


Lepas tu, aku jarang ambil tempahan untuk baju-baju biasa selain baju pengantin / nikah / tunang. Kenapa?


here the reasons.


1. Aku memang buat manik untuk beberapa bridals, so semua manik ke apa diorang yang uruskan. Aku cuma cakap warna apa, jenis apa, saiz apa manik yang aku mahu lepas tu pandai-pandai dioranglah pergi beli. Bila dah ada barang kat tangan baru aku jahit.


2. Semua konsep manik pada baju kahwin adalah SAMA. Aku tak payah pening nak fikir design ke apa sebab memang kerja tu aku dah buat bertahun-tahun kan, so benda tu dah jadi biasa pada aku. Walaupun kadang-kadang agak memenatkan, tapi... dah biasa kan?.


3. Sebab dah biasa buat beading untuk bridals jadi aku dah ada harga yang tetap untuk sehelai baju.


4. Aku lebih selesa ambik job dari bridals berbanding orang perseorangan sebab aku malas nak fikir banyak benda. Hahahahaha.



So, saja lah nak bagitau, kalau ada sesiapa nak tempah manik dengan aku, nak diingatkan yang aku amatur je, aku tak tahu banyak design, jadi design aku sangatlah limited! Aku tak provide manik. Kalau nak tempah korang kena cari manik korang sendiri, dan aku prefer pearls, crystal, swaroski, 3d flowers, (Kalau nak manik jepun buat bentuk bunga, kerawang, daun bagai jangan eh, kakak tak retiiii....)


Lepastu kekadang aku ni sejenis yang malas nak membalas mesej / wasap. Kalau nak mintak pendapat aku tentang sekian sekian perkara boleh je, tapi ikut mood jugalah sebab kadang-kadang aku pun tak tahu warna manik apa yang sesuai dengan dengan baju sekian-sekian sebab kalau aku sendiri pun aku akan mix and match warna manik tu kat baju dulu baru aku tau warna apa yang sesuai. Aku bukannya pro sangat tengok gambar dah tau warna apa yang sesuai lagi pulak sekarang warna biru pun dah pecah kepada 10 bahagian (navy / dark / ocean / bla.. bla. bla..) Hiks.. sebab tu lah malas ambik personal client.


Last, pasal harga. Aku tak boleh nak cakap spesifik harga untuk sebelah tangan atau sehelai baju ke apa. Aku kena jahit dulu lepas tu baru aku tau berapa harga. Sebab tu selalunya aku jahit ikut budget client, win -win situation.




k, nak cakap tu je. Harap entri ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada awak semua. Sis tak kekwat, sis cuma pemalu je. Kadang-kadang sis punya tahap malu tu sampai buat orang rasa macam nak lempang muka sis sebab sis macam orang sombong yang tak ada perasaan -__-

Isnin, 5 Disember 2016

Novel Review : Awak sungguh perfect! - Nurul Syahida


Assalamualaikum,






Dah lama entri ini tersimpan dalam draf sebab aku tak tahu nak tulis macammana. Dah lama tak tulis review novel kan? Jadi tak reti. Lebih tak reti sebab novel kak shai kali ni tak mempengaruhi aku secara keseluruhannya. Tak macam Plain jane, Valentina Nervosa dan lain-lain. Tak! Bukan sebab penulis dah tulis benda yang sama sampai loyal readers dah boleh faham jalan cerita, tapi sebab aku mencari konflik utama cerita ni dan tak jumpa-jumpa sampailah watak utama iaitu Khadijah Hurayrah membesar.


*senyum sinis* saya tak berminat nak baca kisah budak darjah satu bertumbuk dengan budak lelaki yang nakal di sekolahnya. Walaupun setiap satu babak itu langsung tidak membosankan.


Walaupun aku masih belum faham "awak sungguh perfect" itu ditujukan kepada siapa, (mungkin kena baca semula dengan slow motion-tanpa-mencari-konflik-utama) tapi saya suka semua perkara tentang novel ini. Semuaaaaaanya. Cuma... siapa nama perempuan yang panggil khadijah dengan nama khaTIJAH tu? Lupa pula aku, ha masa dia kata yang khadijah takkan faham apa yang dia rasa, sampai Khadijah rasa sendiri macammana dikhianati, masa tu aku dah tau apa yang akan berlaku nanti.. *senyum bangga*


tapi itu jelah satu-satunya perkara yang aku boleh jangka akan berlaku dalam cerita ni. Cuma tak sangka ia akan jadi lebih hebat dari itu dengan kematian lokman.


Kali ni aku memang betul-betul tak boleh 'baca' twist cerita, Sampai ke sudah aku macam... "Laaaaaaaa.... dia ke??"


Ni, nak pesan. Kalau baca novel ni, baca elok-elok. Baca dengan sabar sebab kau akan membaca kisah hidup Khadijah Hurayrah dari dia berumur tujuh tahun sehingga ke usia tiga puluhan. Bagaimana dia yang sayangkan kucing boleh jadi benci dengan haiwan itu dan atasi rasa benci/trauma pada kucing dengan... *tengah fikir ayat sesuai*


dengan... move on? face her life? memaafkan?





p/s : Amacam? lepas baca review aku ni ada rasa nak beli novel ni tak? *angkat kening*







Jumaat, 11 November 2016

Happy 27th years old


Assalamualaikum.




Happy birthday diri sendiri. Alhamdulillah sudah 27 tahun. (dua puluh tujuh??OMG kenapa rasa macam masih remaja?) Patutlah ramai sangat orang doakan aku semoga cepat kawen, semoga cepat bertemu jodoh. Hahaha.






k bye! Tak ada idea nak tulis apa. 

Rabu, 19 Oktober 2016

*insert lagu hati berbisik*


Assalamualaikum


Dulu masa aku baru habis belajar kat ILPKLS, aku terus dapat tawaran kerja jadi kerani kat pejabat peguam, padahal masa tu aku macam belum ready lagi nak kerja, tapi atas sebab-sebab tertentu aku tak boleh nak cakap TIDAK bila orang kat office tu cakap aku diterima dan boleh masuk kerja pada hari jumaat.


Seriously, aku masih ingat moment itu, perasaan itu, latar masa, latar tempat, saat hati aku menjerit 'Saya tak mau kerja tu kak! tapi mulut aku cakap,"Boleh tak saya masuk kerja hari isnin sebab saya demam?" (padahal tak demam pun) lepas tu aku rasa macam betul ke apa yang aku buat ni? 


Tiga bulan pertama aku masih belum dapat biasakan diri dengan 'rutin' kerja. Aku selalu sangat kena marah dengan bos sebab salah buat kerja/lambat update client/memandai buat keputusan sendiri/tak ada hubungan yang baik dengan bos/ etc. Hari-hari nak pergi kerja tu rasa dia macam budak-darjah-satu-nak-pergi-sekolah-tapi-kerja-sekolah-belum-siap-nanti-cikgu-cubit ha gitueww... bila balik rumah aku jadi murung, berkurung dalam bilik je tak peduli sesiapa (sebenarnya aku memang pendiam, orang pun tak peduli/tak heran kalau aku diam, tapi aku tau aku depresi masa tu dan tak ada sesiapa tahu ;( )


Aku selalu fikir, aku ni memang teruk sangat ke? Memang jenis blur yang langsung tak boleh nak pickup langsung apa-apa pasal kerja ke? Apa yang susah sangat dengan firma guaman ni sampai aku tak boleh nak faham? kenapa? Kenapa? Kenapa???


Selepas mengharu birukan keadaan di pejabat dengan perkara-perkara bodoh yang aku lakukan secara tak sengaja seperti memberikan kuasa veto kepada peguam ganti untuk membuat keputusan on behalf our side tanpa merujuk terlebih dahulu pada bos (bos marah giler part ni!) / menyebabkan kerugian dalam satu kes saman / client tarik diri dari berurusan dengan kami / menyebabkan salah faham antara kedua belah pihak dan macam-macam lagi yang aku dah tak ingat *sengih kerang busuk* aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja, betul-betul sehari selepas big bos tegur mutu kerja aku.


Sebenarnya aku memang dah lama nak berhenti, keadaan je yang memaksa aku terus bertahan. Kena tegur dengan big bos tu cuma alasan yang paling kuat/paling yakin hati aku kata yang aku perlu pergi sebelum aku lingkupkan office tu.


Annnndddd... guess what? Pada hari aku letak 'notis-sebulan-berhenti-kerja' atas meja big bos, setiap hari yang berlalu terus bertukar jadi lebih indah. Dari hari pertama aku jejakkan kaki ke situ, aku tak pernah rasa sebahagia ini. Sungguh! Dan lepas tu aku dah tak jadi murung lagi. Aku happy je walaupun tau lepas ni kena jadi penganggur. Saat tu aku aku cakap kat diri sendiri, aku takkan pilih kerja ini lagi.

Trauma!.


Sejak kejadian tu jugaklah, aku tak nak buat apa yang orang suruh, tak nak jaga hati orang dan abaikan perasaan sendiri,  tapi buat apa yang hati aku ikhlas nak buat, sebab pengakhirannya adalah hidup aku sendiri.


ummm.. yeah..  sebenarnya aku rindu nak kerja kat law firm balik. Aku nak tebus semua benda-benda bodoh yang aku pernah buat dulu. Sebenarnya jadi kerani litigation best kot,  dia ala-ala macam detective conan! *insert muzik latar conan* mencari bahan bukti dan menengakkan kebenaran. Cuma... yeah, aku perlu ada hubungan yang baiklah dengan bos, baru senang nak bekerjasama. Ihiks...





p/s ; Hi there! I miss alllll of you. Kalau korang masih baca blog ni mesti korang pun teringat si marya yang selalu kena marah tu kan? *senyumtaknampakmata*



Jumaat, 9 September 2016

hai?

Assalamualaikum.


Rindunyaaaa nak update blog! Bila baca balik entri yang lama-lama rasa macam... emm rajinnya aku bercerita. Kalau boleh semua benda yang terjadi dalam  hidup nak diblogkan, hiks *tutupmuka* Tapi sekarang bila dah matang sikit pemikiran ni, semua benda kalau boleh nak simpan sendiri sebab aku tak suka bila apa yang aku share kat media sosial jadi bahan bualan/umpatan/komen orang lain.

Tapi kalau nak sorok semua macam belum ready,  alang-alang nak sorok baik tak payah ada social media terus kan? So share jugaklah benda-benda basic dalam life sendiri.

Dalam hidup ni bukan semua orang sukakan kita, yaaaa... kita pun bukan suka semua orang tapi kalau kurangkan diri dari jadi tumpuan orang lain kann lebih baik?

K lah sebelum aku delete lagi entri ni baik aku publish terus. Inshaallah nak cuba aktif update blog balik lepas ni, inshaallah.


See u later! Bye.

Sabtu, 13 Ogos 2016

set me free


Assalamualaikum.



.....


Hai?


..... 


*dia macam tak lama tak jumpa someone pastu kau awkward tak tau nak mulakan perbualan macammana. This is what i feel now. Tak tau nak mula tulis macammana.*


....


Aku sejenis yang kreatif sebab tu aku menulis. Aku sejenis yang suka explore, sebab tu aku menjahit, Aku sejenis yang tak suka dikongkong, sebab tu aku pilih untuk bekerja sendiri. Aku sejenis yang rajin mencuba, sebab tu aku #obsesmenjahitblaus. Aku sejenis yang sukakan seni, dan aku dapati seni itu ada pada penulisan, jahitan, bakery dan mungkin benda lain yang aku belum explore.



Tapi aku juga sejenis yang hidup tak boleh terlalu rutin, tak boleh terlalu terkongkong (terkongkong minda maksud aku) sehingga imaginasi dan kretiviti tak ada ruang berkembang, Tak ada boleh terlalu ditekan emosi sebab aku bukan jenis yang outspoken. Kalau sampai semua ini terjadi minda aku akan memberontak. Kalau berontak sikit-sikit dia okey lagi, esok lusa baiklah, tapi kalau dah sampai ke satu tahap yang aku tak boleh tahan, ia akan membawa kepada satu keputusan yang drastik.



Aku pernah buat dulu dan aku tak pernah menyesal. 


Jadi sebelum 'kegilaan' itu mengawal minda, aku ambil keputusan yang paling baik, untuk set me free, aku mahu ruang untuk membaca dengan tenang, aku mahu fikiran yang memandang sekeliling dan mengaitkan ianya menjadi satu jalan cerita, aku mahu design-design dalam kepala ni diluahkan menjadi sehelai baju, aku mahu kebebasan berkarya dengan cara aku sendiri!









Sebenarnya kan, memang dalam hidup ni akan sampai satu tahap dimana Allah nak bukakan jalan lain untuk kita, melalui jalan yang lurus tapi penuh semak samun. Kan?



Selasa, 24 Mei 2016

5 trivia tentang #NomborNoda


Assalamualaikum,







1. Dua tema dalam satu buku.

Semua jalan cerita dalam buku ini tidak ada kena mengena antara satu sama lain pun, tapi berpegang pada 'paksi' yang sama, iaitu Nombor dan Noda. 



2. Cover yang upside down, which is boleh dibaca dari both side. 

Yang bestnya bila buat susun letak macam ni, readers boleh baca mana-mana tema yang korang mahu tanpa perlu selak selai-selai nak cari tema yang lagi satu. Aku faham perasaan itu, sebab aku pernah baca dua novella dalam satu buku gais. 




okey, cuba teka aku tengah baca tema yang mana??.



3. Tulisan 18 orang penulis

18 penulis, 18 jalan cerita yang berbeza untuk setiap tema dan 18 gaya penulisan, 18 perasa. 18 mood. 32 cerita yang tidak membosankan, Inshaallah..



4. 100 % hasil tangan karkas

Percaya atau tidak cover kulit buku itu pun dilukis sendiri oleh salah seorang ahli KarKas. Editor, oleh ahli KarKas. Susun letak - ahli KarKas. Ini buku bukan sebarang buku, ini buku dibuat dengan penuh kasih sayang, dannnn... *bisik* ugutan! 



5. Terbitan Langit.


Asalnya NomborNoda nak dibuat zine, tapi sebab tahap tebal dia dah macam ketebalan buku, dan dengan kasih sayang dari @terbitanLangit, menjadilah ianya sebuah buku dibawah penerbitan Langit.



Kat mana nak beli Nombor Noda?


Facebook : terbitanLangit
Twitter : @terbitanLangit





p/s : aku tak ingat tarikh yang tepat, tapi rasanya masuk bulan 5 ni, # mia dah satu tahun bersama KarKas!  Woot! woot.


thank u karkas sebab sudi terima kite, walaupun kite paksa pok suruh masukkan jugak kite dalam karkas! Haha.  Tak sangka boleh ada buku dengan karkas. tak sangka boleh keluar dari zon-tulis-cerita-cinta. tak sangka ada orang puji ayat kite cantik. tak sangka rupanya kita pandai ayak pembaca, tak sangka kite boleh tulis tema seram. 

semua tak sangka ini, i found out dari karkasian, thank u karkas untuk semua pengalaman dan ilmu. Nak skip AK15 boleeehhh?? *kedip-kedip mata*




Tak boleh? K bye!


Sabtu, 5 Mac 2016

5 cara tailor hadapi stress


Assalamualaikum, 

Hai!

I am a tailor and i LURRVVEEEE my job. *annoying face* No. Sometimes, i love my job but "some- stress-time" i didn't love it.  Being a tailor aku ada masa yang fleksible. Aku boleh pergi kerja selewat 11 pagi, balik seawal 6 petang (consider awal sebab kau masuk pukul 11 kooottt??) Boleh cuti at anytime yang kau mahu, boleh keluar sesuka hati, eh kekejap pi ambik adik kat sekolah, lepas tu hantar mak pi sana sini, pi my one shop window shopping saaattt... Hey, macam tak ada koje je kan?


Tapi itu apa yang orang luar tengok. Apa yang orang luar tak tahu. Kami (the tailors) tidur selewat 2, 3 pagi (sudah tentu bukan aku.) bekerja di hari cuti umum, bekerja pada saat orang lain tazzabar nak balik rumah hari jumaat, kitorang bertungkus lumus siapkan tempahan. Ada masa-masa tertentu, yang deadlines killing us slowly. Ha, masa tu aku memang tak cinta dengan kerja aku sendiri.


Jadi bila minggu-minggu penuh tekanan itu datang, aku biasanya akan...


1. Makan.

Orang pernah kata, When you stressed you see Desserts. Aku faham kenapa orang orang stress asyik pikir makanan. Sebab makan adalah alasan untuk stop sekejap dari pikir tentang kerja. Kalau orang lain aku tak taulah, tapi kalau aku, bukannya sibuk sampai tak lalu makan, lagi nak makan ada. Cuma tak sempat nak suapkan makanan dalam mulut aje. Duh. =__='



2. Dengar lagu Ippo Hafiz

Aku tak dengar semua lagu dia, aku repeat 'Kasih dalam hati' dengan 'Hidayahmu' je. Lagu ala-ala sedih + islamik sikit kan. Rasa macam tenang sikit daripada pasang radio pastu main lagu yang kekadang entah pape. Lagi tambah serabut kepala je.




3. Shopping!


Aku sejenis yang tak begitu boros tapi tak jugak jenis berjimat cermat. Tapi aku tak selalu dapat apa yang aku mahu dengan mudah. Kekadang aku kena mengidam sampai dua tiga tahun baru aku dapat apa yang aku mahu tu walaupun ia sekadar jam tangan, atau minyak wangi victoria secret, atau beg tangan jenama my one shop ;p (suka sangat masuk kedai tu) Jadi bila stress aku kekadang suka beli je apa yang aku mahu tanpa berpikir panjang walaupun aku akan kehabisan duit belanja untuk bulan itu. 

 who cares? aku stress ni, tau dak?!



4. Menjerit


Aku tau aku kuat membebel, tapi pada adik-adik jelah. Bila dah penat, kerja bertimbun-timbun dalam kepala nak dipikir, mulut pun mulalah laju je nak membebel, benda tak ada salah pun boleh jadi salah. Lepas tu mengeluh sebab penat bercakap. Last.. menjerit dalam kereta sambil drive. Kekadang menjerit sambil tengok kain, kekadang menjerit lepas tengok kalender. Somehow menjerit boleh mengurangkan stress. 

Kau paham tak perasaan itu? Kau dah lah penat otak lepas tu penat bercakap lagi, Arrghhhhh.... Tak sabar nak cutiiiii.... Ha, lepas tu berangan nak pi bercuti sana sini. Dok ulang kat kawan-kawan, nak pi melaka tak habih-habih.

"Bila ko nak pegi?" tanya kawan.

"Tak tau. cakap je. Kata-kata itu kan satu doa, so cakap yang baik-baik ada rezeki pergi jelah." - mia dan sikap optimistiknya. 


5. Menangis.


Menangis adalah perkara terakhir yang aku akan buat. Lagipun kita mana boleh nak menangis sesuka hati sekadar untuk hilangkan stress. Aku menangis bila tekanan datang dari setiap sudut, dan aku dah tak mampu nak kawal, masa tu menangis depan kengkawan pun aku dah tak malu. Lagipun, air mata tu kalau dia nak keluar mana boleh ditahan-tahan betul tak? Tapi nikmat selepas tangisan tu memang superb! Terus lega semua rasa yang terbuku. Terus hilang semua tekanan. Otak pun clear. 



Walaupun dah banyak kali serik nak hadap kerja yang deadline just around rhe corner, aku masih lagi buat benda yang sama sampai sekarang. Takkk,,, bukan aku buat kerja last minit, kau paham tak konsep ikut giliran? Aku bukan nak jahit baju kau sorang jew. Jadi sekarang barulah aku tahu, Oh rupanya I lurrrveeee my job so much! *Mata bentuk hati*




Rabu, 10 Februari 2016

Lupa


Assalamualaikum.


Hai, lamanya tak update blog. 


Syoknya bila ada banyak akaun sosial lepas tu boleh log in dari phone je, dan kerana boleh log in thru phone, personal phone pulak tu, memang tak payahlah nak sign out/sign in all the time kan? Lepas tu bila dah lama gila tak taip password sampai terlupa apa eh password akaun sosial sendiri?

Parah!


Oh, apa ada hal, reset jelahhh...


Okey, *klik reset password*  OMG PASSWORD EMAIL PUN LUPA!


Apa yang patut korang buat? It happens to me all the time. Jadi sementara beringat ni cepat-cepatlah tulis semua password dalam buku nota so bila lupe boleh rujuk balik. Tapi, tapi, tapi sedihnyaaaaaa... kite lupa password akaun wattpad, tak boleh reset juga sebab lupa password email yang lama, pun tak boleh buang akaun tu sebab dah masukkan cerita yang baru... ;(


insecure nya rasa sebab tak boleh log out. Harap-harap dua tiga hari lagi teringatlah balik password tu. Aminn.

oh, btw read my story kat wattpad jugak. Kite ada masukkan satu enovel baru. Tak tahu sejauh mana cerita tu akan pergi, tapi itu sebenarnya Iman Harraz versi baru. Versi matang, versi yang mungkin aku betul-betul mahu ia jadi. Mungkin.

bye!


                    

Sabtu, 2 Januari 2016

2015 was...


Assalamualaikum.



"Terima kasih 2015 untuk semua kenangan, kebahagiaan, harapan, kasih sayang, jatuh bangun, tergolek 27 kali etc, etc" - caption cliche' dua hari lepas yang hampir semua orang tulis.

hiks! >__<

Jadi 2015 dalam hidup aku tidak berlalu dengan begitu banyak perkara yang menarik, selain... banyak buang masa. ;( Tapi dalam pada tak banyak benda yang menarik tu ada juga satu dua benda yang sangat bermakna dalam hidup.)


Perkara paling bermakna untuk tahun 2015 adalah Allah temukan aku dengan Karkas.



Memang dah lama aku teringin ada kawan-kawan yang aku boleh bercakap apa saja tentang penulisan, sebab kadang-kadang bila 'lost' tak tahu nak rujuk pada siapa. Pastu rasa macam Allah datangkan geng KarKas untuk aku. Tsk..tskk.. I LOVE KARKASIAN!