Sabtu, 5 Mac 2016

5 cara tailor hadapi stress


Assalamualaikum, 

Hai!

I am a tailor and i LURRVVEEEE my job. *annoying face* No. Sometimes, i love my job but "some- stress-time" i didn't love it.  Being a tailor aku ada masa yang fleksible. Aku boleh pergi kerja selewat 11 pagi, balik seawal 6 petang (consider awal sebab kau masuk pukul 11 kooottt??) Boleh cuti at anytime yang kau mahu, boleh keluar sesuka hati, eh kekejap pi ambik adik kat sekolah, lepas tu hantar mak pi sana sini, pi my one shop window shopping saaattt... Hey, macam tak ada koje je kan?


Tapi itu apa yang orang luar tengok. Apa yang orang luar tak tahu. Kami (the tailors) tidur selewat 2, 3 pagi (sudah tentu bukan aku.) bekerja di hari cuti umum, bekerja pada saat orang lain tazzabar nak balik rumah hari jumaat, kitorang bertungkus lumus siapkan tempahan. Ada masa-masa tertentu, yang deadlines killing us slowly. Ha, masa tu aku memang tak cinta dengan kerja aku sendiri.


Jadi bila minggu-minggu penuh tekanan itu datang, aku biasanya akan...


1. Makan.

Orang pernah kata, When you stressed you see Desserts. Aku faham kenapa orang orang stress asyik pikir makanan. Sebab makan adalah alasan untuk stop sekejap dari pikir tentang kerja. Kalau orang lain aku tak taulah, tapi kalau aku, bukannya sibuk sampai tak lalu makan, lagi nak makan ada. Cuma tak sempat nak suapkan makanan dalam mulut aje. Duh. =__='



2. Dengar lagu Ippo Hafiz

Aku tak dengar semua lagu dia, aku repeat 'Kasih dalam hati' dengan 'Hidayahmu' je. Lagu ala-ala sedih + islamik sikit kan. Rasa macam tenang sikit daripada pasang radio pastu main lagu yang kekadang entah pape. Lagi tambah serabut kepala je.




3. Shopping!


Aku sejenis yang tak begitu boros tapi tak jugak jenis berjimat cermat. Tapi aku tak selalu dapat apa yang aku mahu dengan mudah. Kekadang aku kena mengidam sampai dua tiga tahun baru aku dapat apa yang aku mahu tu walaupun ia sekadar jam tangan, atau minyak wangi victoria secret, atau beg tangan jenama my one shop ;p (suka sangat masuk kedai tu) Jadi bila stress aku kekadang suka beli je apa yang aku mahu tanpa berpikir panjang walaupun aku akan kehabisan duit belanja untuk bulan itu. 

 who cares? aku stress ni, tau dak?!



4. Menjerit


Aku tau aku kuat membebel, tapi pada adik-adik jelah. Bila dah penat, kerja bertimbun-timbun dalam kepala nak dipikir, mulut pun mulalah laju je nak membebel, benda tak ada salah pun boleh jadi salah. Lepas tu mengeluh sebab penat bercakap. Last.. menjerit dalam kereta sambil drive. Kekadang menjerit sambil tengok kain, kekadang menjerit lepas tengok kalender. Somehow menjerit boleh mengurangkan stress. 

Kau paham tak perasaan itu? Kau dah lah penat otak lepas tu penat bercakap lagi, Arrghhhhh.... Tak sabar nak cutiiiii.... Ha, lepas tu berangan nak pi bercuti sana sini. Dok ulang kat kawan-kawan, nak pi melaka tak habih-habih.

"Bila ko nak pegi?" tanya kawan.

"Tak tau. cakap je. Kata-kata itu kan satu doa, so cakap yang baik-baik ada rezeki pergi jelah." - mia dan sikap optimistiknya. 


5. Menangis.


Menangis adalah perkara terakhir yang aku akan buat. Lagipun kita mana boleh nak menangis sesuka hati sekadar untuk hilangkan stress. Aku menangis bila tekanan datang dari setiap sudut, dan aku dah tak mampu nak kawal, masa tu menangis depan kengkawan pun aku dah tak malu. Lagipun, air mata tu kalau dia nak keluar mana boleh ditahan-tahan betul tak? Tapi nikmat selepas tangisan tu memang superb! Terus lega semua rasa yang terbuku. Terus hilang semua tekanan. Otak pun clear. 



Walaupun dah banyak kali serik nak hadap kerja yang deadline just around rhe corner, aku masih lagi buat benda yang sama sampai sekarang. Takkk,,, bukan aku buat kerja last minit, kau paham tak konsep ikut giliran? Aku bukan nak jahit baju kau sorang jew. Jadi sekarang barulah aku tahu, Oh rupanya I lurrrveeee my job so much! *Mata bentuk hati*