Selasa, 24 Mei 2016

5 trivia tentang #NomborNoda


Assalamualaikum,







1. Dua tema dalam satu buku.

Semua jalan cerita dalam buku ini tidak ada kena mengena antara satu sama lain pun, tapi berpegang pada 'paksi' yang sama, iaitu Nombor dan Noda. 



2. Cover yang upside down, which is boleh dibaca dari both side. 

Yang bestnya bila buat susun letak macam ni, readers boleh baca mana-mana tema yang korang mahu tanpa perlu selak selai-selai nak cari tema yang lagi satu. Aku faham perasaan itu, sebab aku pernah baca dua novella dalam satu buku gais. 




okey, cuba teka aku tengah baca tema yang mana??.



3. Tulisan 18 orang penulis

18 penulis, 18 jalan cerita yang berbeza untuk setiap tema dan 18 gaya penulisan, 18 perasa. 18 mood. 32 cerita yang tidak membosankan, Inshaallah..



4. 100 % hasil tangan karkas

Percaya atau tidak cover kulit buku itu pun dilukis sendiri oleh salah seorang ahli KarKas. Editor, oleh ahli KarKas. Susun letak - ahli KarKas. Ini buku bukan sebarang buku, ini buku dibuat dengan penuh kasih sayang, dannnn... *bisik* ugutan! 



5. Terbitan Langit.


Asalnya NomborNoda nak dibuat zine, tapi sebab tahap tebal dia dah macam ketebalan buku, dan dengan kasih sayang dari @terbitanLangit, menjadilah ianya sebuah buku dibawah penerbitan Langit.



Kat mana nak beli Nombor Noda?


Facebook : terbitanLangit
Twitter : @terbitanLangit





p/s : aku tak ingat tarikh yang tepat, tapi rasanya masuk bulan 5 ni, # mia dah satu tahun bersama KarKas!  Woot! woot.


thank u karkas sebab sudi terima kite, walaupun kite paksa pok suruh masukkan jugak kite dalam karkas! Haha.  Tak sangka boleh ada buku dengan karkas. tak sangka boleh keluar dari zon-tulis-cerita-cinta. tak sangka ada orang puji ayat kite cantik. tak sangka rupanya kita pandai ayak pembaca, tak sangka kite boleh tulis tema seram. 

semua tak sangka ini, i found out dari karkasian, thank u karkas untuk semua pengalaman dan ilmu. Nak skip AK15 boleeehhh?? *kedip-kedip mata*




Tak boleh? K bye!


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh skip AK15. Hantar cepat sikit ya!