Rabu, 21 Disember 2016

Dear you.


Assalamualaikum,


me with my bestfriend be like...



Aku : Oly, jom kita pergi bercuti. Teringinlah nak pergi melaka....

Oly : Tak nak, Oly tak suka berjalan, Nanti pening, mual, tak sihat. Daripada Oly menyusahkan orang baik tak payah pergi.

Aku : *menunduk dan tidak mengusulkan cadangan itu lagi.



***********



Aku : Oly nanti kita pergi shopping nak? Dah lama kite tak shopping, seluar ni pun dah burukkkk..."

Oly : Boleh, tapi kena tunggu ada duit lah. Pergi shopping tak ada duit tak best juga.

Aku : Okey, bila Oly ada duit?

Oly : Tunggu gajilah.


few weeks later. Bila dah gaji.... *Insert bunyi burung gagak*



***********



Aku : Oly jom makan shellout! Haritu makan dengan family tak puas laaaaa... nak makan lagi! Jom?"

Oly : *senyum* duitnya mana mak cik?

Aku : Alaaa... kita share la dua orang. Kite separuh, oly separuh. Bila nak pergi? Jom kumpul duit.

Oly : *Insert bunyi cengkerik*



***********


Oly : Teringin la nak makan kfc yang baru ni. Tengok iklan sedapnyaaa..

Aku : Ha jom pergi kfc. Makan sana.

Oly : Alaa.. tak nak makan kat sana, tapau makan kat kelas je tak boleh?

aku : *insert bunyi cengkerik*



Memang dia susah nak layan aku punya keinginan yang kekadang main cakap je pastu kalau orang tu layan kerenah aku tu memang aku akan buat betul macam yang aku selalu buat dengan siblings contohnya makan kat secret receipe padahal duit dalam bank ada RM50 je / pergi moodrepublic tapi belum gaji / bangun pagi terus ajak mandi kolam berbayar dan banyak lagi benda spontan lain yang kami pernah buat tapi tak pernah buat dengan Oly sebab dia tak suka spontan things (i guess).



Tapi walaupun dia tak boleh nak layan semua an-excuse-idea-gila-spontan-to-escape-bila-stress aku tu, dia boleh bagi sesuatu yang tak semua orang boleh bagi ; an-ear-to-listen.


ada orang mendengar untuk membalas balik

ada orang mendengar untuk mengkritik

ada orang mendengar untuk mencari kesalahan kita balik

ada orang mendengar, tapi sebenarnya buat-buat tak dengar.

....


tapi dia mendengar untuk memahami. ;)







Happy birthday Oly.


 Semoga kita berkawan sampai syurga. aminnn....

Tiada ulasan: