Isnin, 19 Disember 2016

Jahit manik?


Assalamualaikum




Sebelum aku terjebak dalam dunia jahitan, aku bermula dengan ambil upah jahit manik. Tapi bukannya pandai sangat pun, tak pergi mana-mana kelas atau tengok tutorial kat blog ke buku ke pun, memang betul-betul amatur. Cuma belajar basic lepas tu pakai kretiviti sendiri je.


Lepas tu, aku jarang ambil tempahan untuk baju-baju biasa selain baju pengantin / nikah / tunang. Kenapa?


here the reasons.


1. Aku memang buat manik untuk beberapa bridals, so semua manik ke apa diorang yang uruskan. Aku cuma cakap warna apa, jenis apa, saiz apa manik yang aku mahu lepas tu pandai-pandai dioranglah pergi beli. Bila dah ada barang kat tangan baru aku jahit.


2. Semua konsep manik pada baju kahwin adalah SAMA. Aku tak payah pening nak fikir design ke apa sebab memang kerja tu aku dah buat bertahun-tahun kan, so benda tu dah jadi biasa pada aku. Walaupun kadang-kadang agak memenatkan, tapi... dah biasa kan?.


3. Sebab dah biasa buat beading untuk bridals jadi aku dah ada harga yang tetap untuk sehelai baju.


4. Aku lebih selesa ambik job dari bridals berbanding orang perseorangan sebab aku malas nak fikir banyak benda. Hahahahaha.



So, saja lah nak bagitau, kalau ada sesiapa nak tempah manik dengan aku, nak diingatkan yang aku amatur je, aku tak tahu banyak design, jadi design aku sangatlah limited! Aku tak provide manik. Kalau nak tempah korang kena cari manik korang sendiri, dan aku prefer pearls, crystal, swaroski, 3d flowers, (Kalau nak manik jepun buat bentuk bunga, kerawang, daun bagai jangan eh, kakak tak retiiii....)


Lepastu kekadang aku ni sejenis yang malas nak membalas mesej / wasap. Kalau nak mintak pendapat aku tentang sekian sekian perkara boleh je, tapi ikut mood jugalah sebab kadang-kadang aku pun tak tahu warna manik apa yang sesuai dengan dengan baju sekian-sekian sebab kalau aku sendiri pun aku akan mix and match warna manik tu kat baju dulu baru aku tau warna apa yang sesuai. Aku bukannya pro sangat tengok gambar dah tau warna apa yang sesuai lagi pulak sekarang warna biru pun dah pecah kepada 10 bahagian (navy / dark / ocean / bla.. bla. bla..) Hiks.. sebab tu lah malas ambik personal client.


Last, pasal harga. Aku tak boleh nak cakap spesifik harga untuk sebelah tangan atau sehelai baju ke apa. Aku kena jahit dulu lepas tu baru aku tau berapa harga. Sebab tu selalunya aku jahit ikut budget client, win -win situation.




k, nak cakap tu je. Harap entri ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada awak semua. Sis tak kekwat, sis cuma pemalu je. Kadang-kadang sis punya tahap malu tu sampai buat orang rasa macam nak lempang muka sis sebab sis macam orang sombong yang tak ada perasaan -__-

Tiada ulasan: