Isnin, 5 Disember 2016

Novel Review : Awak sungguh perfect! - Nurul Syahida


Assalamualaikum,






Dah lama entri ini tersimpan dalam draf sebab aku tak tahu nak tulis macammana. Dah lama tak tulis review novel kan? Jadi tak reti. Lebih tak reti sebab novel kak shai kali ni tak mempengaruhi aku secara keseluruhannya. Tak macam Plain jane, Valentina Nervosa dan lain-lain. Tak! Bukan sebab penulis dah tulis benda yang sama sampai loyal readers dah boleh faham jalan cerita, tapi sebab aku mencari konflik utama cerita ni dan tak jumpa-jumpa sampailah watak utama iaitu Khadijah Hurayrah membesar.


*senyum sinis* saya tak berminat nak baca kisah budak darjah satu bertumbuk dengan budak lelaki yang nakal di sekolahnya. Walaupun setiap satu babak itu langsung tidak membosankan.


Walaupun aku masih belum faham "awak sungguh perfect" itu ditujukan kepada siapa, (mungkin kena baca semula dengan slow motion-tanpa-mencari-konflik-utama) tapi saya suka semua perkara tentang novel ini. Semuaaaaaanya. Cuma... siapa nama perempuan yang panggil khadijah dengan nama khaTIJAH tu? Lupa pula aku, ha masa dia kata yang khadijah takkan faham apa yang dia rasa, sampai Khadijah rasa sendiri macammana dikhianati, masa tu aku dah tau apa yang akan berlaku nanti.. *senyum bangga*


tapi itu jelah satu-satunya perkara yang aku boleh jangka akan berlaku dalam cerita ni. Cuma tak sangka ia akan jadi lebih hebat dari itu dengan kematian lokman.


Kali ni aku memang betul-betul tak boleh 'baca' twist cerita, Sampai ke sudah aku macam... "Laaaaaaaa.... dia ke??"


Ni, nak pesan. Kalau baca novel ni, baca elok-elok. Baca dengan sabar sebab kau akan membaca kisah hidup Khadijah Hurayrah dari dia berumur tujuh tahun sehingga ke usia tiga puluhan. Bagaimana dia yang sayangkan kucing boleh jadi benci dengan haiwan itu dan atasi rasa benci/trauma pada kucing dengan... *tengah fikir ayat sesuai*


dengan... move on? face her life? memaafkan?





p/s : Amacam? lepas baca review aku ni ada rasa nak beli novel ni tak? *angkat kening*







Tiada ulasan: