Khamis, 12 Januari 2017

Novel review : Hello, it's me - Anna Lee


Assalamualaikum,







Selain covernya yang cantik, tajuk yang aku asyik tersasul 'Date me' (?) dan jalan cerita yang ringkas dan ringan, aku suka novel ini. Aku suka semua pendapat Tiya sebagai seorang penulis novel tentang isu pasaran novel sekarang. Aku sendiri sebagai seorang penulis novel (ehem.. in the making) dan sebagai seorang pembaca novel, rasa sangat 'terdidik' dengan buah fikiran Tiya dan kawannya-yang-aku-tak-ingat-nama-dia masa diorang bersembang kat kafe tu. (TEENAGERS PLEASE READ THIS BOOK!)


aku suka part Duta hack instagram Tiya, Macam boleh bayang gambar-gambar yang Duta upload tu, boleh rasa keterujaan orang-orang yang dok komen kat instagram tu. Tapi keterujaan aku rasanya sampai part kat airport masa Tiya nak pergi jumpa Duta. Lepas tu dah agak kurang.


Ya, Tiya seorang penulis novel, dan daya ingin tahu dia sangat tinggi, disebabkan Tiya dah sibuk-sibuk nak tahu semua benda membuatkan aku sebagai pembaca, dah tak payah curious kenapa kaki duta kotor? kenapa perut dia luka dan terkoyak? kenapa pasu kat luar pecah? kenapa Duta sibuk-sibuk nak tentukan apa yang Tiya kena pakai? kenapa Duta kena duduk sekali dengan Tiya? semua curiosity tu Tiya dah tolong fikirkan so kita yang baca ni, layan je flow cerita tanpa rasa apa-apa (maybe aku je kot yang rasa macam tu?) 


Jadi bila semua rahsia terbongkar, kite rileks je baca. Tak ada elemen surprise pun. INI SEMUA SEBAB TIYA! Eh, tetibe. Haha.


K lah, tak nak cakap banyak tapi yang pasti korang KENA BACA NOVEL INI. Or should i say, korang kena baca novel-novel keluaran Prolog media kalau korang dah bosan dengan template novel yang sedia ada?


*kenyit mata* 




Jumaat, 6 Januari 2017

my weekend be like...


Assalamualaikum.


Selalu bila dah penat terkejar-kejar setiap hari dengan kemas rumah, hantar mak pergi pasar, nak tengok ulangan drama korea Hwarang / Lagend of the blue sea kat tv, bersiap dan pergi kerja, kemudian terkejar-kejar pulak dengan timing kerja yang kadang-kadang sempat siapkan, kadang tak sempat, Fuuuuhhhh... penat. Tak, bukan penat badan, tapi penat otak. (Dalam kepala otak aku ni selalu ada banyak benda yang berterbangan, tu yang kekadang tetiba stress, tetibe moody, tetibe nak marah orang. tetibe nak nangis, Hahahah rumit betul aku ni. *mengeluh*)


Sooo... aku selalu rasa tak sabar nak weekend. Nak tengok tv all day long, atau nak terperap dalam bilik sampai bosan dengan membaca novel, brainstorm idea untuk cerita baru /cerita lama terbengkalai, scroll instagram like no end, nak tidur tengahari, nak masak kalau rajin, nak potong kain / buat pola / sembat baju. Jahit manik (kalau ada job manik)


Tapi selalunya aku akan buat mana yang paling ada mood atau paling penting kena buat. Atauuuu....





buat semuanya sekaligus!