Jumaat, 6 Januari 2017

my weekend be like...


Assalamualaikum.


Selalu bila dah penat terkejar-kejar setiap hari dengan kemas rumah, hantar mak pergi pasar, nak tengok ulangan drama korea Hwarang / Lagend of the blue sea kat tv, bersiap dan pergi kerja, kemudian terkejar-kejar pulak dengan timing kerja yang kadang-kadang sempat siapkan, kadang tak sempat, Fuuuuhhhh... penat. Tak, bukan penat badan, tapi penat otak. (Dalam kepala otak aku ni selalu ada banyak benda yang berterbangan, tu yang kekadang tetiba stress, tetibe moody, tetibe nak marah orang. tetibe nak nangis, Hahahah rumit betul aku ni. *mengeluh*)


Sooo... aku selalu rasa tak sabar nak weekend. Nak tengok tv all day long, atau nak terperap dalam bilik sampai bosan dengan membaca novel, brainstorm idea untuk cerita baru /cerita lama terbengkalai, scroll instagram like no end, nak tidur tengahari, nak masak kalau rajin, nak potong kain / buat pola / sembat baju. Jahit manik (kalau ada job manik)


Tapi selalunya aku akan buat mana yang paling ada mood atau paling penting kena buat. Atauuuu....





buat semuanya sekaligus!



Tiada ulasan: