Ahad, 26 Februari 2017

(Kdrama) Naked Fireman


Assalamualaikum,


Hwarang dah habis tapi aku tak tahu kenapa aku tak jumpa kepuasannya dalam episod-episod terakhir. Jadi semasa melihat-lihat di Viu, mencari cerita apa untuk ditonton walaupun tahu akan kecewa sebab line wifi lambat gila, aku macam tergerak hati nak klik cerita ni.


NAKED FIREMAN 





Baru tengok episod pertama.... tak! Sebenarnya baru tengok minit-minit pertama, otak aku dah mula bekerja. "Mesti dia ni yang jahat," eh lepastu tukar pulak, ingat orang lain, lepas tu terus 'hook'. Sanggup beli data RM3 24 hour, tapi belum habis satu episod data dah habissss ;((


Mini drama 4 episod ni punya cerita yang kemas dan menarik. Rasa macam tak cukup empat episod, me want moreeee. Cerita dia pasal seorang pelukis perempuan yang cari model lelaki yang ada parut kat belakang badan padahal motif dia nak cari orang yang bunuh mak ayah dia dan bakar rumah dia sepuluh tahun lepas.


Aku suka heroin ni sebab dia nampak macam lemah tapi tak sampai ke tahap damsel-in-distress tapi tak juga nampak terlalu kuat macam bright-girl-yang-selalu-positif-dan-akan-bangkit-semula-walaupun-selepas-dikecam-seluruh-dunia. *Tangan kat bahu* dia tahu bila masa dia perlu kuat, dan bila masa dia perlu lemah. Senang cerita, dia ni tak menjengkelkan macam sesetengah kdrama yang lain lah. 





Aku juga suka hero cerita ni sebab dia bukan 'Hero' yang akan menjadi Knight-in-shining-armor walupun dia seorang bomba, tidak juga lelaki budiman yang sentiasa nampak... berbudi, tapi ada some part yang buat dia nampak macam apa yang aku cakap kat atas tu. Cool gila!  


btw, mamat ni pun sebenarnya hensem jugak walaupun mula-mula tengok tak hensem. Kihkih




Rasanya aku move on dari Hwarang lagi cepat daripada move on dari cerita ni. Aku try tengok cerita lain pun aku masih rasa nak tengok cerita ni balik. Pheww... *Kesat peluh kat dahi*



Ada cerita lain lagi yang best? Suggest me please. I suka heroin yang rambut panjang pastu ada clean look. Selalu kalau cerita tak menarik pun aku tengok jugak sebab heroin dia rambut panjang. Kahkah.



Tiada ulasan: