Khamis, 23 Februari 2017

Prolog Media novel review


Assalamualaikum,


Nak review dua novel under Prolog  dalam satu entry je. 





Rooftop by Farrah Izzlorna


Aku paling teruja nak baca Rooftop! Mungkin teruja sebab reviews dan marketing yang penulis dan Prolog buat tapi bila mula baca tahap teruja aku tu macam perlahan-lahan hilang. (selingan baca Hello, it's me tapi novel anna lee yang itu habis dulu. =__=' )



maaf cakap, tapi bagi aku awalan bab agak hambar. Watak K yang sepatutnya misteri dan sarkastik, tak cukup sinis bagi aku. Mungkin aku rasa macam tu sebab expectation aku yang terlalu tinggi ke apa ke, padahal orang lain baca ok je, terhibur je dengan perangai si K tu kan. *tangan kat bahu*



Babak yang buat aku naik balik mood nak teruskan baca bila Aya dah masuk alam pekerjaan. Part tu memang puas baca, konflik pun kuat, gaya bahasa pun sedap compare to awalan bab dia dengan K  yang nampak terlalu 'keanak-anakan'. Selain kisah cinta dalam diam Aya pada....( siapa nama lelaki yang duduk luar negara tu? Ahahahah aku lupeeee...) yang lain ok je, cuma konflik awal setakat kisah cinta dalam diam tu macam tak cukup kuat sebab tu aku rasa hambar kot?


btw, ending dia memang agak susah jugak aku nak teka. Pandai dia bagi otak aku keliru eh. 






Mesej by Anna Lee


Tulisan Anna lee ni semacam ada kuasa yang menarik kita supaya terus baca bila kita dah selak mukasurat pertama. Sebelum beli 'Mesej' aku tengok jugak review pembaca, semua cakap mesej best, "nak novel anna lee lagi YANG MACAM MESEJ TU", Mesej this, mesej that, so aku pun beli lah.


yes, Mesej memang best! Ia ditulis dengan baik, setiap babak itu diperincikan dengan betul dan teliti walaupun hanya untuk perkara-perkara kecil yang orang mungkin takkan perasan, Plot twist juga sangat menjadi. Aku sampai macam tak nak habiskan terlalu cepat sebab aku tak sanggup nak tau ending dia apa. Aku tak suka Nik jadi aku tak mahu tahu apa akan jadi pada Nik dan Aria seterusnya. Aku cuma nak tau apa jadi pada Jason je. hihihi


Kadang-kadang aku stop baca pun sebab aku dah menyampah nak baca babak Nik, kahkahkah... First lead syndrom ke apakah ini? Atau aku memang tak suka kisah cinta dan aku tak suka lelaki budiman macam Nik? *angkat bahu*


Sebab ini kisah cinta time travel, aku percaya yang aku ada terlepas pandang satu dua perkara sebab dah tak sabar nak tau ending. But sheeeriousslyyy... tak suka Nik! Tolonglahhh... perangai bossy dia tu, mengawal semua benda, urgh!




Tiada ulasan: