Jumaat, 7 April 2017

7 things that i tak suka tentang novel cinta


Assalamualaikum.



p/s : This entry doesn't apply to all of the love novel. 



1. Nama panggilan yang 'geli-geli'.


Contoh nama dia syafiq burhanudin (kononnyalah) lepas tu parents dia panggil dia syaf. Atau nama dia Harfiey, orang panggil dia Har, atau nama ia ashraf Faley, then orang panggil Ash. In some reason telinga aku yang baca ni rasa geli-geli je. In real life, orang panggil Ashraf as Asrap, or Ashraf itself or serap or maybe ____ (fill in the blank) even yusof pun kekadang orang panggil usop je. *Tangan kat bahu*


Oklah, mungkin sebab tak nak rosakkan nama yang dah sedap tu tapi nak jugak ada nama panggilan yang lebih pendek so ambil je pangkal atau hujung nama? 😑😑😑




2. Terlalu banyak kebetulan


Kebetulan hero bertemu heroin di pasar. Kebetulan heroin bertemu hero di somewhere while shopping some stuff. Kebetulan their parent are long lost friend dan memang nak carikan jodoh untuk anak masing-masing. Kebetulannn... ____ (write your 'kebetulan' stories in the blank page.)


In real life, 'kebetulan' doesn't exist. Kadang-kadang kau nak jumpa muka yang kau mahu jumpa tu punyalah payah sampai kadang-kadang perlu berdoa semoga berjumpa si dia hari ini, atau semoga terserempak dengan si dia di sana sini. WHY DALAM NOVEL SENANG SANGAT TERJUMPA CRUSH DIMANA-MANA?? 


I DONT GET IT. PLEASE LAH!


urrgghh.




3.Terlalu cepat jatuh cinta.



APA? BARU PERTAMA KALI JUMPA TERUS TERIGAU-IGAU DAN AJAK KAHWIN? If it were me, i will run as far as i can. Scary kot lelaki macam tu. takkan masa nak ngorat terus bagi hint nak ajak kawin. *goosebumps* 


Babe. Pandangan pertama tu nafsu, bukan jatuh cinta. 




4. Terlalu menggurui.


Faham, bila kita tulis dan kita mahu sampaikan sesuatu mesej yang baik kepada pembaca, tapi kadang-kadang boleh jadi mengjengkelkan bila terlalu mencuba. Seolah-olah kita membaca petikan fakta yang disalin tampal dalam novel tersebut.


you know, like... heroin yang berbuat sesuatu dan selitkan fakta atau hadis berkaitan sesuatu perkara yang dia lakukan. Atau heroin yang memberikan nasihat seperti seorang pensyarah, heroin yang nak tolong seorang lelaki cina mendalami islam dan bercerita tentang fakta yang dah ditulis di media sosial... yada, yada.. 


For me, writing means write your thinking, your philosophy, your pendapat, your point of view,  not rewrite what other people write in your version. Sebab tu tulisan tu jadi macam takde jiwa.




5. Hero / heroin too perfect.


Dalam sesetengah keadaan, aku sangat tak suka kalau ada watak yang perfect10 ni. She is soooo besutiful, alis lentik, kulit putih, rambut hitam berkilat (walaupun in real life, memang ramai perempuan cantik) Dia pandai masak, kalau buat nasi kerabu lengkap semua jenis lauk, kacukan arab bagai, terlalu penyabar dan sanggup lakukan apa saja. Kecuali kalau kecantikan dan kebaikan itu bersesuaian dan bertepatan dengan jalan cerita untuk di tekankan, then mungkin boleh diterima.


Bila watak terlalu sempurna, rasa macam terlalu menyampah nak baca. 



6. Gaya bahasa terlalu ringan.


Kebanyakan novel cinta yang aku baca ada masalah yang satu ini. This. is. the. biggest. reason. why. i memilih baca novel cinta. 


Bila gaya bahasa terlalu santai, bila banyak naratif adalah watak bercakap pada dirinya sendiri atau watak membuat perbandingan dengan perkara-perkara yang .... , bila naratif itu sendiri berfungsi sekadar untuk mencukupkan jumlah perkataan, you better read the dialog je. Lepas tu boleh skip to the next page and then you dah faham jalan cerita. Simple! 




7. Cubicle / konflik tak cukup kuat.


Macam kes kebetulan yang i tulis kat atas tu, Reason untuk watak-watak saling bertemu kadang-kadang tak cukup kuat, kadang-kadang boleh dipersoalkan, tapi sebab i malas nak persoalkan apa-apa i baca je terus to the next page. 


Aku tak suka baca cerita dengan konflik yang berat, sedih, berselirat padahal benda simple je, tapi at least biarlah konflik tu kukuh sikit. Ni takkanlah sebab parents nak pergi far away for a few month you kena paksa kawin dengan pilihan makbapak you. Betul tak? Give the stroooongg reason why by hook or by crook you must get married jugak before your parents fly.


Strooongg reasons sampai buat cerita tu ditulis bukan hanya-kerana-nak-ketengahkan-kisah-kahwin-paksa. 


PLEASE?























sorry for the tulisan'rojak'. Lately rajin stalk people yang cakap dwibahasa, so i macam terikut-ikut. lol


Isnin, 3 April 2017

#RandomQuestion


Assalamualaikum,



Tea or coffee?

Tea. Pagi petang - pagi petang esoknya - pagi petang lusanya - pagi petang hari seterusnya, teh o.



movie or drama?

Drama. Nak tengok muka hero / heroin kegemararan setiap hari sampai drama habis. Lepas tu move on.



Sungai or laut?

Sungai. Forever sungai. Laut ada jaws, so scawyy....



Komik or novel

Novel. Komik pun boleh layan kalau Oly (mygirlfriend) suggest (baca = bagi pinjam) cerita yang menarik.



Jahit manik or jahit baju?

Both. Haip, mana boleh pilih. Dua-dua pun rezeki. Tapi kalau malas nak banyak bergerak dan berfikir, jahit manik. 



Nasi or roti?

Roti. 



Describe yourself in 3 word

Blur
Innocent
Shy



Name 3 person in your head now

...
oly
...

(seriously, not thinking anyone)



List 3 of your fav books

Valentina Nervosa - Nurul Syahida
Suspek - Inawza yusof
Pakar - Nadia Khan

sebenarnya banyak sangat, tapi ini yang paling terlintas di fikiran. Maksudnya paling favourite lettuew...



List 3 of your fav song

Wind - Jung sung hwan
I'll go to you like the first snow - Ailee
Tolong ingatkan aku - Ana Raffali



List 3 of your fav drama

Scarlet heart - kdrama
Hati perempuan (lepas tu bila aku tengok balik ulangan, aku mempersoalkan kenapa aku suka cerita ni dulu? Paaassstiii sebab mia ahmad je kennnz? *tangan kat bahu*)
Rich man poor woman - Jdrama



3 perkara you do bila bangun tidur

Masuk bilik air
Solat subuh
Termenung (baca = should i kemas rumah dulu atau lepak-lepak-atas-katil-sambil-stalk-instagram atau oh-hari-ni-kena-siapkan-kerja-apa-kat-kedai? atau alaaaa-mak-nak-pergi-pasar-have-to-kemas-rumah-cepat-then-mandi-or-tak-payah-kemas-rumah-mandi-then-go-to-pasar-je?)



3 wishlist belum tercapai

Jadi penulis novel
main ice skating
kawin. (but this will be the laaaassssttt thing that i wish to do)




Hai? Miss me?