Isnin, 22 Mei 2017

Apologise post : 3 Hati - Wulan


Assalamualaikum,


Facebook reminder / memory post ni sebenarnya bagus juga, selain dia menunjukkan betapa attention seekers / losers / annoying / kebudak-budakannya kita dulu, dia juga mengingatkan kita tentang perkara-perkara yang kita takkan mahu ulang buat, dan juga mengingatkan aku untuk tulis apologise post ini. 


Kenapa?


back in 2013, aku baca novel 3 Hati, 3 orang penulis dengan 3 kisah yang berbeza. Sudah tentu aku beli sebab Nurul Syahida. Lepas tu aku memang tak puas hati GILA GILA sebab penamat cerita tu macam tu. Aku rasa macam aku lah Neal watak dalam novel itu, aku lah yang sasau dan tak tahu nak buat apa, nak cari Wulan kat mana, yada, yada, dengan emosi yang tengah membuak-buak tu aku luahkan terus dalam facebook. 


Perasaan itu macam orang bakar panggung wayang sebab ending cerita hero mati dan no happy ending.







Sekarang saya nak mintak maaf kalau post saya empat tahun lepas tu 'pernah' mengecilkan hati kak Shai  sebab selepas membaca semula cerita Wulan (saya dah repeat 4, 5 kali) saya tetap rasa Wulan buat perkara yang betul. Heeeee... *sengih tayang gigi putih bersinar* Neal memang layak terima balasan itu selepas apa yang dia buat kat Wulan, (tapi sebenarnya kesian jugak kat dia ;( )


Dengan ini saya mewakili suara pembaca-pembaca di luar sana, tolonglah kak sambung kisah Neal dan Wulan. Peguam muda itu perlukan ruang untuk dia jelaskan kenapa dia buat eksperimen cinta tu pada Wulan dan Wulan perlu tahu cerita sebenar. 


Tolonggglaahhh...


Hahahahah.



Tiada ulasan: