Sabtu, 5 Ogos 2017

The making of...


Assalamualaikum


Dah lama sebenarnya tak update blog. Rasanya tak ramai pun orang yang baca blog sekarang. Tadi bukak blog sebab nak cari sesuatu, lepas tu terus end up baca balik entri yang lama. Tahu tak banyak gambar yang aku ambil guna phone dulu dah hilang entah kemana? Tak buang, tapi tak tahu simpan atau hilang kat mana, mujurlah ada beberapa gambar sempat update kat blog. Bagus juga blog ni eh,.

Terbaca jugak #themakinof -- semua cerpen yang aku dah tulis dulu -- yang membawa kepada aku nak tulis entri ini.


The making of ,


Sejak aku join grup KarKas kami selalu tulis cerita ikut tema yang diberikan oleh person in charge pada tempoh tertentu. Siapa yang dapat undian paling tinggi untuk cerpen yang dia tulis tu, maka orang itulah yang akan tetapkan tema untuk minggu seterusnya. Selalunya akan ada dua tema, kau pilihlah mana satu yang kau nak tulis.




Tema karkas tak pernahnya mudah. Awal-awal join karkas aku macam terkena kejutan budaya. Selalu tulis cerita cinta, bahasa ringkas dan mudah faham, konflik hanya disekeliling hidup, tiba-tiba diorang bagi baca cerita yang aku tak pernah langsung baca. Masa tu bacaan aku novel cinta, dan baru nak berjinak-jinak dengan novel seram, jadi aku tak biasa dengan jenis-jenis tulisan diorang tu.


Tema mangkuk tandas benar-benar menguji kemampuan aku sampai blank otak tak tahu nak tulis apa. Dahlah kena hantar ikut deadline, kena pulak ugut kalau tak hantar kena kick. Giler betul. jadi aku nak tulis tentang seorang OCD yang dapat suami pengotor, tapi memandangkan dapat idea last minit, tak sempat pulak tu nak buat research OCD tu macammana jenisnya, memang karkas (karangan ringkas) aku paling corot sekalilah, cerita dia. 

hmmmm....





Pun, aku belum ada idea. Pun tulis di saat akhir. Situasinya macammana aku pening nak tulis karkas mangkuk tandas tu, itulah yang aku tulis untuk tema yang ini. Teruk betul kena komen, kekadang rasa down! Kah Kah Kah.





Untuk tema ni aku brainstorm banyak kali. Aku cuba fikir luar kotak dan anggap tema tu macam kiasan je pastu bayangkan macammana Siti Nurhaliza boleh tersenyum walaupun kena kecam? Sebab dia tinggalkan telinga kat bilik kebal! *mentol menyala*

Paling best sebab malam masa diaorang tengah reveal karkas, aku dah tertidur, aku tak undi karkas terbaik, aku tak sedar pok pm, yang aku tahu esok pagi dah seribu conversation. Wasep pok aku baca dulu. Mula-mula dia kata dia tolong vote untuk aku, mungkin sebab dia tahu aku dah tido, mesej kedua,


"Mia, u win!"


Kau rasa? 

*menangis gembira* kahkahkah. Rasanya semua orang tak sangka aku yang tulis tu. Aku pun tak sangka weh. Mungkin tuah memihak pada aku je kot sebab lepas-lepas tu dah tak pernah menang dah...





Tema ni bang jehar yang bagi ni, Aku ingat sebab masa tu dia baru keluar buku yang tajuknya seperti di atas. Aku tanya dia apa maksud frekuensi dan proletar dan dari situ aku kaitkan dengan pengalaman aku kerja kat pejabat peguam dulu. Aku enjoy tulis tema ni sebab aku tak harap menang pun, tapi aku tulis gaya aku. Ada kepuasan di situuuu... Walaupun kena pertikai jugak tentang tanggungjawab pekerja (based on the story) aku tetap puas hati sebab aku tahu apa yang aku lalui. Aku jujur menulis cerita ni, senang cerita. Kah!





Ini pun salah satu karkas kegemaran sebab tulis benda yang aku faham. Pasal seorang tukang jahit yang bukan bakal menantu pilihan. 




K dah, aku malas nak taip panjang-panjang ni kang bukannya ada yang nak baca. Dua tiga tahun kemudian aku jugak yang baca balik entri yang aku tulis ni. Kalau rasa teringin nak baca karkas yang aku dah tulis tu, klik je kat tema. Okey?


Siapa yang baca entri ni mohon komen hai ke apa ke, aku nak tau jugak, ada lagi ke orang yang layan blog? Ke sibuk insta/fb/wasep jew.





Tiada ulasan: