Ahad, 18 Februari 2018

9/11/17



Assalamualaikum.




            Terima kasih pada yang bertanya, tapi aku macam tak larat nak cerita kat semua orang. Habis kalau sepuluh orang sepuluh kali lah pulak aku kena cerita? Nak cerita tu bermakna aku kena recall balik kejadian, menjawab persoalan dan kemarahan mereka, kenapa begini, kenapa begitu, lepas tu cuba nak pertahankan diri kenapa aku buat keputusan begini begitu dalam hujan lebat-panik-kena- ambil- adik-minyak-kereta-habis-WHAT-TO-DO-NOW?

            Sesungguhnya melalui situasi itu tak semudah mempersoalkan tindakan yang diambil secara spontan. Sungguh, TAK MUDAH.

            Okey cerita dia kereta aku kena langgar belakang kat lampu isyarat masa lampu baru hijau aku tengah tekan minyak tiba-tiba ada bunyi kuat kat belakang, aku dah fikir kereta aku rosak nak meletup ke apa, so aku tengok belakang, cermin retak seribu dan ada lori.

            Sebab PANIK dan AUTO-PILOT lampu hijau kena jalan, ya aku jalan dan berhenti di simpang depan lepastu aku keluar kereta nak tengok lori tu. Masa tu aku rasa macam nak seberang jalan (ya, kat simpang empat tu) pergi kat lori tu. Tapi hujan lebat, kilat memancar, orang terpinga-pinga why this two girl keluar kereta dalam hujan? Kalaulah korang tahu yang kitorang (aku dengan Oly) panic tak tahu nak buat apa dulu masa tu. You won’t simply persoalkan kenapa kau buat macam tu? Kenapa tak buat macam ni? Kenapa tak ambil nombor plate? Kenapa tak ambil gambar?

            Eh, awak lupa eh nombor plate lori/trellar tu kecik dia tak padan dengan saiz badan? Dalam hujan lebat tu awak ingat mata saya ni jelas sangat ke? Tak, saya tak marah. Saya tanya jew.

            Lepas tu saya pergi balai, orang tanya soalan sama. Pergi bengkel pun orang persoalkan benda sama. Jumpa kengkawan (terima kasih sebab concern, saya okey je.) pun diorang tanya benda sama, belum lagi family persoalkan ‘kereta lagi penting!’ Oh masa tu rasa macam diri sendiri ni tak penting pulak. Sedih sikit je, sis kan kental?

            Kesimpulannya, lori atau trellar entah, (saya tak Nampak jelas walaupun dia lalu depan mata saya je. Tak, kami berdua tak Nampak dengan jelas walaupun kami pandang lori/trellar tu, mungkin faktor hujan lebat dan panic) LARI atas kecuaian panic saya sendiri (Saya tak salah, saya salahkan panic tu sendiri, sebab kalau saya waras saya tahu apa yang patut saya buat). Jadi saya keluarkan duit sendiri (baca : tak claim insurans) untuk repair sebab kos tak begitu banyak pada saya setelah berfikir dengan waras, tidak dibawah pengaruh panik *sinis*   

            Saya baik-baik saja. Terima kasih bertanya dan maaf sebab malas nak cerita dan jawab soalan yang korang tanya. Benda tak best ni selalunya kita tak nak ingat selalu. Apatah lagi cuba nak cari gali memori tu.

            Saya nak tanya. Awak pernah terfikir tak, kadang akal waras kita cakap kena buat macamni, macamtu tapi Allah yang maha Mengetahui, tahu keburukannya kalau kita bertindak ikut waras akal kita dalam sesuatu keadaan?

            Ya, masa tu saya serahkan semuanya pada Allah. Orang kata berdoa waktu hujan tu mustajab. Oklah, tiba-tiba sis sedih. Padahal sis kental, langsung tak menangis tau sepanjang kejadian. *fliptudung*


p/s : tulisan ini ditulis pada 9/11/17 semasa aku mengalami kemalangan jalan raya. Tapi masa tu aku tak cerita pada sesiapa pun kecuali keluarga dan kawan rapat, sebab tu ada yang tertanya-tanya, tapi aku malas jawab. Bila godek-godek lappy, jumpa tulisan ini, aku terus publish untuk rujukan sendiri di masa hadapan!



1 ulasan:

Raz berkata...

memang sedih bila kereta kena langgar..

panik pon masalah utama

apa2 pun alhamdulillah x cedera