Khamis, 1 Mac 2018

Day 3 : Your day, in great detail


Assalamualaikum



My day today.


Dah seminggu yang hampir membawa ke dua minggu aku menjahit baju pelanggan. Sebenarnya kalau baju yang agak susah dan aku tak biasa buat memang akan ambil masa sebab yelah, kita nak belajar pola dulu, pastu nak tau step by step nak jahit, belum kira jahit salah kena tetas bagi jahit balik sampai kemas, belum kira fedup, penat, ada kerja lain, main phone kejap, dan macam-macam lagilah alasan. Hahahha



Buat baju apa? Baju kebaya panel. Haaaa.. kebaya pun aku jarang jahit, tak sllap baru pernah buat sekali, so memang patutlah ingat-ingat lupa nak buat pola baju dan cara jahit, tambah pulak 'panel' . phew, terkebil-kebil kita nak fahamkan pola bila cikgu ajar. Dua helai pulak tu. Mother daughter.



Alhamdulillah, hari ni siap dah semua. Esok tunggu customer ambik je. Haraplah customer puas hati dan selesa pakai.



Lepas tu aku terus jahit baju yang lain pulak. Phew. Memang nak kena kejar semua tempahan supaya aku tak terkejar-kejar di kemudian hari.



Yang lagi best, masa tengah menjahit aku dapat ilham nak menulis. Entah macammana ntah boleh tercetusnya. Tapi bila dapat tu, ters meleret-leret jalan cerita dalam kepala, lepas tu aku catit kat note phone. Balik rumah aku terus tulis balik kat laptop, Dalam masa satu jam dah siap draf cerpen.



Subahanallah. Bila Allah nak bagi tu kan, sekelip mata je dah dapat. Padahal aku dah cuba tulis cerita dengan tema 'Fatalis si mantan' tu sejak tahun lepas lagi. Yelahhh, aku kan dah lama tak tulis cerpen,  memang lama gila! (Ada menulis juga tapi manuskrip novel yang asyik ubah jalan cerita berpuluh puluh kali pastu terhenti separuh jalan) Jadi nak mula balik tu susah gila. 



Sekarang aku dah ada dua draf cerpen. Akan tulis lebih banyak lagi sementara otak tengah set 'cerpen' ni. Kadang-kadang mindset pun mainkan peranan penting. 



Doakan aku supaya dapat siapkan lebih banyak baju dan dapat tulis lebih banyak cerita. Aminn.





CUKUP GREAT DETAIL TAK?





Tiada ulasan: