Isnin, 5 Mac 2018

Split personality?


Assalamualaikum

Aku selalu mau jadi seperti apa aku yang sebenarnya. Dari dulu pun aku memang low profile, tak dikenali, tak ramah, tak suka share pasal diri sendiri. 


Jadi aku tetap mahu jadi macam tu walaupun di media sosial. Tapi entahlah eh, tiba tiba aku jadi peniaga online, aku kena selalu post iklan, aku kena layan customer, aku akan selalu cari peluang untuk buat bisness baru, tapi yang sebenarnya aku penat dengan semua  benda tu, aku lebih suka  buat kerja belakang tabir je.


Akhirnya menjadilah aku macam peniaga yang tak serius. Passion datang, aku iklan sungguh sungguh. Passion hilang, aku pun hilang sama. 


Habis tu macamamana? Dalam diri ni macam ada dua personaliti. Yang sorang suka perhatian dan bersosial, yang sorang lagi suka menyendiri dan berada dalam kelompok kecil dia sendiri.


Yang tulis entri ini? Adalah tuan punya badan yang tahu ada dua personaliti lain dalam badannya.

Tiada ulasan: