Sabtu, 5 Jun 2021

Untuk bacaan orang yang rajin baca blog ni pada 2021


-Gambar hari raya pertama tahun ni-


Hai? Ada lagi ke manusia yang masih jengah ke blog ni? 


Update terbaru tentang aku untuk dibaca oleh aku pada tahun tahun mendatang 🤣

  i'm doing good, for now dah jadi tukang jahit. Sekarang dalam proses nak siapkan manuskrip untuk projek ebook dengan kawan-kawan penulis. Seraaaammmm kite wak, dah lah tak pro menulis, dah lama tak tulis pulak tu pastu kena siapkan manuskrip 10k words, perrghhhh nak siapkan 15 mukasurat pun belum tentu, inikan pula nak capai anggaran 50 mukasurat. Memang terketar-ketar kite dah tulis beberapa mukasurat pastu rasa macam apabendaaaa kau tulis ni kaptiyohhhh? 


Kelemahan terbesar akulah tu, suka lost in the middle of the story, pastu tak mau sambung, pastu terbengkalai tulisan tu. Tapi sebab ini projek bersama, dah ada deadline pun, jadi harapan aku agar aku berjaya buat sampai siap, aaminnnn. 

 Pray for kaptiyoh! 


Sekarang tengah lockdown 3.0, tempahan baju masih ada tapi tak rancak, kebetulan malam tadi aku tak boleh tidur sebab tak mengantuk. Mungkin siang dah tidur puas kot, jadinya otak aku bekerja dan bekerja sampai terfikir nak buat kek pandan dan jual. 


Heh, 


Pray for kaptiyoh lagi. 


Aku paling takut kalau dah masuk mood aktif ni, semua benda aku nak buat, semua benda semangat! Tapi bila masuk fasa hibernate tu nanti, satu kerja pun aku tak buat, duduk lah berehaaaaattt sepanjang minggu. 


Hmmmm doakan semua kerja yang tengah aku usahakan/akan usahakan /dan dalam perancangan, berjalan dengan lacar ya.


K bye!

 

Confession of a novel reader.

 aku mula baca novel sejak tingkatan 2, kot? sejak itu aku tak pernah berhenti membaca novel. zaman aku dulu tengah famous tema kawin paksa so setiap kali nak beli novel, aku dengan ikah mesti cari sinopsis yang ada kawin paksa. Tak peduli citer tu best ke tak, tema  tu yang penting. Kelakar.


tapi bila dah baca banyak sangat kawin paksa sampai aku dah faham formula itu, muak dah aku nak baca, aku tukar tema lain pulak. kiranya aku stop kejap baca novel masa tengah smbung belajar sebab masa tu macam takde feel nak membaca, aku tengah gila dengan adobe photoshop masa tu. Lagipun bosan ar baca kawin paksa perempuan kena tindas apa semua. Andainya takdir masa tu aku baca sikit pinjam kawan punya. Tahap menyampah nak baca punyalah tinggi, walaupun orang menangis-nangis baca kata sedih. Aku meluat! 


Sejak itulah selera bacaan aku berubah. Lagi-lagi dah jumpa Nurul Shahida, oh maaannn this is sooo not tipikal novel melayu. Kata aku pada ketika itulah. Lalu aku menukar ke genre seram, tapi bila banyak cerita seram yang menghampakan, aku tukar lagi, ke fixi pulak. Till the book yang aku rasa fixi punya lambakan tema yang sama sampai buat aku muak lagi. Aku stop fixi dan bertukar ke random writer. Kebetulan aku kenal beberapa penulis baru jadi aku support dengan membeli novel mereka. Mana yang tak kena selera, aku tak beli. masih memilih membeli pada ketika itu. 


Mujur je kak shai tak selalu keluar novel, kalau tak aku pun akan muak. Kahkahakha kira tulisan kak shai yang sekali sekala itu mampu mengubat kerinduan aku untuk membaca novel cinta yang tak mengjengkelkan.


Nah sekarang prolog media pulak keluar, setakat ni aku baca semua writer diorang, tapi tak semualah menepati selera aku. Aku harap prolog tidak mengetengahkan tema  yang lebih kurang terlalu kerap supaya kes Fixi tidak berulang lalu membuat aku berpaling tadah. 


Sekarang aku masih mencuba-cuba bacaan yang lain, mencari mana yang serasi. Novel indo pun baca juga tapi belum ada yang habis. Mungkin belum jumpa yang kena selera atau novel indo memang kena baca slow-slow, pastu tenang-tenang saja menghayati patah kata dan scenery kehidupan yang... aku suka sebenarnya, tapi kena ada mood yang romantis dulu.


Jadi, bila aku baca novel cinta yang ringan untuk hilangkan tekanan, aku sebenarnya sangat tertekan. Kenapa penulis yang sudah menulis beberapa buah novel masih menulis benda yang sama? 


 aku dah baca tulisan begini sejak aku sekolah menengah, pastilah aku taknak baca lagi 


Maaf! tapi aku mengharapkan sedikit perubahan dari segi kematangan penulisan.

Sabtu, 12 Disember 2020

Abang doktor add fb kiteee


 Pada suatu hari, ada friend request masuk kat facebook aku. Seorang lelaki. 


Aku ni kan sombong sikit kalau nak terima permintaan rakan, tapi sebab gambar profile adalah lelaki yang memakai baju scrub dan apa tu? Teleskop? Stateskop? Entah, kalau tali tape aku aku lah, aku kan tukang jahit bukan doktor. 


Ha benda tu lah, yang doktor guna nak dengar degup jantung pesakit tu kan, tergantung kat bahu dia, aku jadi macam curious la sikit.


Eeeee.... Apa motip ni encik doktor yang tidak aku kenali add aku ni? Aku haruslah skeptikal sikit part ni, sebab aku rasa doktor takde masa lah nak main fesbuk pastu add  orang sebarangan yang dia tak kenal kan?


Aku lainlah, aku kan tukang jahit yang menggunakan sosial media untuk cari sales dan bina branding.


Doctors yang mungkin baca entri ni, sorry eh kalau salah pulak assumption aku ni 🤪


Oh pastuuu back to story. Pastu aku pun approve jelah request tu padahal sebelum ni kalau orang request, berjaman aku biar pending sampai hatiku terbuka nak approve kah kah.


Elok dah jadi friends, malam sikit abang doktor tu pm aku dia bagi salam. 


Eh? Lagi bertambah pelik aku ni. Abang doktor ni nak berkenalan dengan aku ke? Oh ya, sebab ada sorang mutual friend, sebab tu aku berani approve tadi. 


So aku jawablah salam itu. Tapi sebelum tidur mulalah aku pikir macam-macam, dia nak tempah baju ke? Dia nak bagi salam perkenalan ke? Dia nak ngorat ke? Eehh aku ni bukan boleh kalau ada benda mengganggu fikiran ni. 


Esok pagi aku bangun, hal itu yang terlintas dalam kepala dulu. So aku check phone dulu.


Yes, dia balas! Tapi dia tulis "how are you doing?" 


Eeehhhh doktor ni betul betul nak ngorat aku ke ni? Bukan nak tempah baju untuk bini ke, untuk mak ke, tak eehhh? 


Sebab aku rasa tak sedap hati, aku check lagi profile dia. Awal-awal sebelum approve tu dah check dah, apasal dia tinggal kat luar negara pulak ni (lupa apa nama tempat) pastu tak banyak info pun. Gambar ada la beberapa, gambar dalam bilik bedah, dengan colleagues, gambar tepi kereta, gambar selfie.


Ermmm tapi not my type laaaa. Cerewet tak itte? 🤭


Pastu aku pikir punya pikir punya pikir, sambil makan, sambil mandi, sambil buat kerja aku pikir apa ke aku nak balas ni.


Selalunya aku ignore je kalau org nak ngorat cara camni, tapi yang ni aku tak boleh ignore. Aku rasa attached.


Then aku tengok nset satu lagi, nak baca wasep. Tengok ada mesej makteh. 


Dia tanya siapa *nama orang tu* (aku lupa lah namanya) orang tu add makteh pastu aku mutual friend nya.


Hah! Aku lah kalau dah add aku pastu add kenalan aku pulak, memang aku rasa eiiii... Jelah.


Pastu hati aku kata sesuatu, dan aku sangat yakin dengan kata hatiku. Lalu aku cuba test lagi, aku dah reply dah how are you doing tu, ni aku reply lagi sebab dia belum seen. 


Then aku tunggu sambil lupakan je. Tazzabar juga sebenarnya nak tengok apa dia reply. Tapi sampai ke sudah dia tak reply walaupun dah seen. 


Sah!


Naluri aku berkata benarrr, nak tau tak apa aku reply? 






Scammer! 


Ha lepastu aku unfriend jelah terus. 


Eleh, tapaham bahasa melayu  lettuew sebab tu tak balas tu kan kan kan? 😏.  





Jumaat, 20 November 2020

Moment paling memalukan


Ada 3 embarassing moment yg aku paling terkesan setakat ini, sebab aku jarang gak ada embarassing moment tahap maksima ni. 



1. Tak pakai tudung dalam wad pastu nurse lelaki datang check bp.


      Masa aku masuk wad sebelum operation bulan 6 tu, hari tu aku dah penat sangat sebab hari pertama check in wad, siang tu tunggu katil kosong lama sangat.


 So siang tu ada nurse lelaki, tapi malam tu aku tengok takde dah, tapi kan aku dah selalu warded kat wad tu so aku tau ada sorang lagi nurse lelaki dan malam tu sorang lagi nurse lelaki tu pun takde, jadinya aku pun tarik langsir tutup separas katil, tanggal tudung sangkut kat kepala katil (sebab takde nurse lelaki kan) Aku tak pernah tanggal tudung completely kalau nak tidur kat wad tau, biasanya kalau tanggal pun akan letak kat kepala cover rambut, tapi malam tu aku buat macam kat rumah sendiri betul 🤣 mungkin sebab terlalu penat sampai tak boleh fikir.


Baring dan paksa diri tidur walaupun tak boleh tidur sebab bising nurse tengah buat kerja (awal lagi waktu tu, mungkin 8 lebih sebab isyak pun masuk awal waktu kan) tapi tidur tidur ayam jelah. 


Pastu tidur aku terganggu bila mak berdiri kat kaki aku sambil pegang kaki, macam nak gerak aku tapi tak gerak pun.  Aku pandang mak tapi mak pandang tempat lain pulak, dah tu nak apa berdiri kat aku ni, aku abaikan jelah dan sambung tidur. 


Embarassing moment happen bila aku tergerak hati nak angkat kepala lagi tapi masa tu mak dah tak berdiri kat tepi aku dah, mak dah duduk kat kerusi belakang aku, dan masa tuuuu aku terus nampak muka nurse lelaki yang aku ingat takde tadiiii tengah pandang aku sambil berjalan ke arah aku. 


OMG, WHERE MY TUDUNG? WHAT TO DO NOW? Sorok kepala dalam selimut? tak sempat dah, tarik bantal tutup kepala? tak sempat jugak. Penyudahnya aku bagi tangan kiri pastu tutup muka dengan lengan tangan kanan macam nak cover sikit kepala yang tak bertutup tulah kononnya  🤣


Perasaan masa itu? Malu teramat amat amat sampai muka panas, nurse tu blah kejap ingatkan dah habis eh rupanya dia bagi penyukat suhu suruh letak bawah lidah, ha masa tu baru aku gagau tudung tak jumpa pastu mak campak tudung kat kepala. 


Nurse datang balik, ambik benda alah tu, dia kata kat mak "eh tak demam pun? Tapi badan dia panas"


🤣🤣🤣🤣


Aku pun taktaulah badan aku panas sebab terlalu malu atau dalam badan aku memang panas, sebab sepanjang malam aku tak boleh tidur pastu pi mandi pukul 3 pagi. Kalau kat rumah tak koserrr aku nak mandi pukul 3 pagi walaupun panas bahang. 


Rupanya mak berdiri kat kaki aku sebab nak gerak aku lah, nak bagitau ada nurse lelaki tapi mak aku pun blur blur taktau patut buat apa, termasuklah blur sampai tak ingat nak kasi aku tudung awal awal 😭




2. Medical assistance selak baju tapi terover selak. 

     

      Siapa yang tak malu kalau perawat lelaki nak rawat kita kan, lagi-lagi bila melibatkan kena check anggota badan. Kalau tanya soalan gitu gitu je takde hal lah kan. Tapi sepanjang tempoh sakit, aku memang beri kerjasama je, lantaklah lelaki ke perempuan ke, do what you have to do asalkan aku sihat. Kadang pula bila dah sakit ni kau dah lupa erti 'malu' 


tapi this one moment yg memang embarassing gila tapi aku act cool je, (kata tadi beri kerjasama kan? 😏) 


Masa nak jahit perut, luka pembedahan tu, kena tukar baju yg diorang bagi, lepas tu baring kat katil, then dua orang doktor pun datang. Sorang lelaki sorang perempuan. Ada sorang MA perempuan dan nurse perempuan dah teman aku dalam bilik tu, sembang2 dengan diorang nak hilangkan nervous sebab nak kena jahit sat lagi ni, kalau tidur takpelah jugak, ni sedar sedar ni aku seriaaauuu. 


pastu ma dan doctors tu buat la kerja diorang which is aku memang tak tengok la, tapi sampai part ma tu terselak baju aku over the limit. Aku malu! Gila gila punya malu sama macam malu dalam kes pertama di atas, sebab ada lelaki, tapi buat cool jelah diam je buat cam takde apa. 


MA tu berdiri belah kanan aku, aku hadap muka belah kiri, 

Pastu ma tu, "sorry eh?" Kata dia sambil pandang muka aku. 

Aku pandang dia 

"Sorry." Dia ulang. 


Eh aku takde cakap apa pun, berdecit pun tidak, kenapa dia say sorry? Pastu aku agak mesti muka aku masa tu dah merah padam sebab aku rasa muka aku panassss je masa tu, say no more dia pun paham. 

HAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHHA 



3. Masa lalu 


Aku ni optimis orangnya. Aku jaranglah nak guna perkataan 'kalaulah dulu....' bagi aku what past is past, taaapiiii ada satu hal yang kalau aku teringat balik, aku mesti aku tersenyum pastu kata bodohnya aku, lalu termalu sendiri dan kalau boleh travel balik ke masa lalu, aku akan pilih untuk TIDAK buat perkara itu. Tapi aku malu lah nak cerita kat sini, 🤭


'Perkara' tu sekarang dah jadi aku punya  benchmark supaya jangan ulangi lagi perkara seperti itu. 


So itulah dia perkara paling memalukan yang aku sangat terkesan setakat ini. Selain 3 moment di atas, aku rasa jarang sangat aku ada babak memalukan sebab tu kena blog moment ini 🤭  



Tapi bagi aku perkara yang paling memalukan sepanjang hayat adalah malu pada diri sendiri sebab buat perkara yang tak matang di masa lalu. 


Hmmmmmm







what about yours embarassing moment? kongsilah.